Utusan Borneo (Sabah)

‘Jauhi kekerasan, keganasan’

Nabi Muhammad contoh pemimpin terbaik

- SAZALYE (tengah) menyampaik­an anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Nuridah.

MATUNGGONG: Rasulullah SAW bukan sahaja memimpin umat manusia tetapi merupakan pemimpin yang terbaik dalam pelbagai sudut untuk dicontohi oleh umat manusia hari ini dan akan datang.

Ketua Cabang PKR Parlimen Kota Marudu Sazalye Donol Abdullah berkata Rasulullah SAW diikhtiraf memiliki sifat al Amin iaitu sifat yang boleh dipercayai kerana Baginda tegas dalam menegakkan kebenaran dan cekal melaksanak­an keadilan.

Katanya, pemerintah­an Baginda Rasulullah SAW teguh berpegang kepada hukum, menegur setiap kesalahan, mencegah setiap kemungkara­n walaupun membabitka­n anggota keluarga sendiri dan sahabat yang terdekat.

“Rasulullah SAW sebagai seorang insan yang kamil yang tinggi keperibadi­an dan tiada tolok bandingnya sehingga Baginda Rasulullah dijadikan ikon perpaduan ummah sehingga ke hari ini.

“Sehubungan itu, ia adalah bertepatan dengan tema Maulidur Rasul tahun ini, ‘Menyantuni umat membawa rahmat,bagimenyem­arakkan roh‘Rahmatanli­lalamin’yang menegaskan bahawa Islam adalah agama perdamaian

SAZALYE (dua dari kanan) mnyampaika­n anugerah Tokoh Maulidur Rasul Matunggong tahun ini kepada Jemet Inok.

penuh dengan kelembutan serta kasih sayang, yang sama sekali tidak mengizinka­n kekerasan, keganasan dan kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kecil Matunggong di Dewan Terbuka Masjid Pekan, di sini.

Terdahulu, Penolong Pegawai Dearah Kecil Matunggong merangkap pengerusi penganjur program Joumat Haji Bisnim berkata, Nabi Muhammad SAW ialah seorang murabbi atau pendidik yang berjaya.

“Berjaya sebagai ketua negara dan pemimpin

JOUMAT (dua dari kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Sazalye.

dalam mengangkat martabat ummah mencapai persada keagungan wajib dikunjungi, diambil iktibar dan dijadikan pedoman oleh pemimpin semasa,” katanya.

Katanya, kesejahter­aan sesuatu bangsa dan kemakmuran­sesebuahne­gara amat dipengaruh­i sifat takwa serta menghayati kebesaran Ilahi. Jika pemimpin sentiasa insaf tanggungja­wabnya lebih besar kepada Allah SWT, maka sejahteral­ah hidup ummah dan makmurlah negara yang dipimpinny­a.

Program kali ini diisi dengan perhimpuna­n dan perarakan Maulidur Rasul, persembaha­n bacaan Berzanji oleh kumpulan Imam Daerah Kecil Matunggong dan persembaha­n nasyid oleh pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK).

Selain itu, ceramah khas Maulidur Rasul yang disampaika­n oleh Pengetua Sekolah Tahfiz Sikuati Kudat Ustaz Agus Kurniawan, penyampaia­n anugerah Tokoh Maulidur Rasul kepada Jemet Inok @Mohd Hasrie Abdullah dan Nulidah Imam Kassam serta penyampaia­n hadiah pertanding­an sepanduk.

Tahun ini, hanya 11 kontinjen menyertai pertanding­an sepanduk iaitu tiga dalam kategori Kementeria­n/Jabatan dan Swasta serta lapan bagi kategori Kampung.

Johan kategori Kementeria­n/Jabatan dan Swasta disandang oleh Kelas Al Quran dan Fardu Ain (Kafa) Matunggong, naib johan Pejabat Daerah Kecil Matunggong dan ketiga Skuad AADK Matunggong.

Bagi kategori Kampung, johan disandang oleh Kampung Tanah Merah, naib johan Kampung Tamisan dan ketiga Kampung Hobut. Kesemua pemenang menerima hadiah berupa wang tunai.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Agama Islam Jheains Matunggong Samsuddin Abdullah Insp Rahman, Iman Daerah Kecil Matunggong Ustaz Abdul Pakar Imam Kassam dan pemimpin masyarakat setempat.

 ??  ?? SAZALYE dan Joumat mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian ahli jawatankua­sa penganjur program.
SAZALYE dan Joumat mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian ahli jawatankua­sa penganjur program.
 ??  ?? SAZALYE dan Joumat mengetuai perarakan Maulidur Rasul sejauh setengah kilometer.
SAZALYE dan Joumat mengetuai perarakan Maulidur Rasul sejauh setengah kilometer.
 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) Matunggong mempersemb­ahankan nasyid bagi menyerikan lagi majlis.
KUMPULAN pelajar Kelas Bimbingan Saudara Kita (KBSK) Matunggong mempersemb­ahankan nasyid bagi menyerikan lagi majlis.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia