Utusan Borneo (Sabah)

Jangan lupa budaya dalam mengejar kemajuan

-

LAWAS: Masyarakat Kedayan perlu menjunjung nilai-nilai murni adat budaya, cara hidup dan jati diri dalam menongkah arus kemajuan yang dicapai hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sebaliknya nilai-nilai yang boleh menghambat mereka daripada maju perlu dikikis untuk menjadi kaum yang berjaya.

“Penerokaan kepada ilmu pengetahua­n dan kemahiran yang selari dengan keperluan masa kini perlu diberi tumpuan untuk membolehka­n kaum Kedayan meningkatk­an kualiti diri dalam mengejar kemajuan hari ini,” katanya pada Program Makan Tahun Perdana Kedayan Ke-5 di Tapak Pusat Khidmat Ulu Merapok pada Jumaat.

Turut hadir isteri Awang Tengah Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan PKS dan Menteri Muda e-Dagang Datuk Mohd Naroden Majais, Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah merangkap Pengerusi Persatuan Kedayan Sabah Datuk Dr Yusof Yakob, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong dan ADUN Lambir Ripin Lamat.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar, Sumber Asli Kedua serta Menteri Pembanguna­n Perindustr­iandanUsah­awan turut menasihati golongan muda agar tidak melupakan terus asal usul keturunan mereka.

“Sebarang pertelingk­ahan khususnya dalam soal menuntut tanah perlu dihentikan segera,” ujarnya.

Perancanga­n teratur dan bijak katanya, perlu bagi membangunk­an tanah milik mereka selain menambah nilai tanah mereka melalui usaha membangunk­an tanah untuk memberi hasil yang dapat meningkatk­an kehidupan mereka.

Padamasasa­makatabeli­au, budaya saling bekerjasam­a, bertoleran­si antara kaum, perpaduan antara rakyat penting dalam menjadikan persekitar­an mereka lebih kondusif untuk membawa mereka bergerak maju.

Beliau memberitah­u lagi, penduduk di Merapok Lawas turut menerima limpahan pembanguna­n di bawah Kerajaan Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak(GPS).

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah meluluskan peruntukan RM199 juta untuk kawasan Lawas bagi meningkatk­an bekalan air bersih dan untuk kawasan Merapok, sejumlah RM15 juga bagi menaik taraf loji bekalan air bersih di Merapok.

“Ini diikuti penyambung­an paip air ke SMK Merapok dan Rumah Ajan di Meragang dengan jumlah peruntukan RM17 juta,” tambahnya.

Manakala jelasnya, RM25 juta turut disediakan bagi meneruskan bekalan air meliputi kawasan Ulu Merapok termasuk di KampungUnd­op,Kampung Munchu, Bukit Manang, Bukit Puan, Languban dan sekitarnya.

Selain itu ujarnya, bekalan elektrik juga diteruskan bersama pembanguna­n di Pusat Khidmat Mini Merapok yang merangkumi komponen pejabat kerajaan, ruang niaga dan ruang untuk usahawan kecil menjalanka­n perusahaan kecil.

Oleh itu katanya, penduduk di kawasan Merapok perlu terus menyokong kerajaan GPS.

 ??  ?? AWANG Tengah disambut dengan penuh tradisi masyarakat Kedayan sebaik tiba ke tapak Makan Tahun Kedayan Daerah Lawas di Ulu Merapok kelmarin.
AWANG Tengah disambut dengan penuh tradisi masyarakat Kedayan sebaik tiba ke tapak Makan Tahun Kedayan Daerah Lawas di Ulu Merapok kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia