Utusan Borneo (Sabah)

Tingkatkan penguatkua­saan di pintu masuk sempadan

Ia bagi tangani sebarang bentuk ancaman, penyeludup­an menggugat keamanan negara

-

LIMBANG: Aspek penguatkua­saan di pintu masuk sempadan di bahagian dan negeri ini perlu dipertingk­atkan bagi menangani sebarang bentuk ancaman dan penyeludup­an yang menggugat keamanan negara.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pintu sempadan khususnya di Limbang dan Lawas terdedah kepada sebarang bentuk penyeludup­an dan kemasukan pendatang asing jika tidak dikawal sebaiknya.

Beliau berkata, aspek penguatkua­saan perlu diperketat bagi mengelak Timbalan Ketua Menteri Limbang dan Lawas dijadikan transit bagi aktiviti penyeludup­an khususnya para pengedar dadah jenis syabu.

“DaerahLimb­angdanLawa­s mempunyai pintu masuk darat, air dan udara dan pegawai imigresen bertanggun­gjawab dalam memastikan pintu masuk bahagian ini dan negeri ini selamat daripada dibolosi anasir tidak baik.

“Aspek penguatkua­saan perlu diperkukuh agar sempadan kita sentiasa selamat dan aman,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Apresiasi Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Limbang malam Ahad.

Turut hadir Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Sarawak Hamfatulla­h Syawal, wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan Ketua Imigresen Bahagian Limbang Kalthom Ahmad.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak berkata, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM6 juta untuk membaik pulih dan menaik taraf Pos Imigresen di bahagian Limbang yang meliputi daerah Limbang dan Lawas.

Jelasnya, peruntukan yang disalurkan adalah atas komitmen kerajaan memastikan kawasan pintu masuk negeri ini selamat dan selesa untuk semua yang melaluinya.

Tegas beliau lagi, soal imigresen adalah hak istimewa Sarawak sejajar dengan perlembaga­an dan perjanjian Malaysia 1963 dan tidak akan berkomprom­i dalam soal keselamata­n negeri ini.

Justeru beliau menyelar segelintir pihak yang mempersoal keputusan Kerajaan Sarawak menghalang seseorang individu daripada memasuki negeri ini untuk memahami hak imigresen Sarawak.

“Sebelum membuat keputusan, kita sudah mendapat maklumat berhubung seseorang individu dan kesan kehadirann­ya ke negeri ini yang boleh menjejaska­n keharmonia­n kaum.

“Oleh itu, kita mempunyai hak menjaga negeri ini daripada diceroboh pihak yang mempunyai fahaman ekstrem dalam sesuatu perkara yang boleh memudaratk­an perpaduan dan keharmonia­n rakyat Sarawak,” tambahnya. KUCHING: Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo kecewa dengan cara pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) menangani isu rabies di negeri ini.

Bercakap pada sidang media di sini pada Sabtu, Soo berkata selepas sekian lama kawasan penyebaran wabak rabies semakin meluas dan sehingga kini meragut 13 nyawa.

“Kami mahu menteri yang bertanggun­gjawab mengambil tindakan dan memindahka­n semua anjing terbiar.

“Mengapa wabak rabies semakin merebak? Apa masalahnya? Menteri yang bertanggun­gjawab harus melakukan sesuatu untuk menjadikan Sarawak sifar rabies,” katanya.

Tambah Soo, apa yang membuatnya lebih marah dengan isu rabies ini ialah menteri yang bertanggun­gjawab terus memberitah­u masyarakat apa yang perlu dilakukan apabila digigit anjing.

“Memberitah­u masyarakat apa yang perlu dilakukan selepas digigit anjing tidak membantu dalam mencegah rabies.

“Kita harus tahu puncanya. Wabak ini dapat dikekang dan tiada seorang harus terkena gigitan anjing,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Soo turut menggesa Kerajaan Sarawak agar menyiasat secara terperinci insiden letupan di CityOne Megamall barubaru ini.

Jika perlu katanya, Kerajaan Sarawak boleh menggunaka­n khidmat pakar luar untuk mengenal pasti punca sebenar letupan sama ada kelemahan struktur bangunan atau kebocoran gas.

“Saya rasa marah apabila pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) berkata ini adalah satu kemalangan.

“Tidak, jangan begitu mudah kata ia adalah kemalangan, tetapi sesuatu perlu dilakukan mengenai insidenini­keranaiame­libatkan nyawa orang awam.

“Saya kerap menonton wayang di CityOne, tetapi sekarang tiada seorang pun yang mahu datang ke CityOne ekoran insiden tersebut,” katanya.

“Daerah Limbang dan Lawas mempunyai pintu masuk darat, air dan udara dan pegawai imigresen bertanggun­gjawab dalam memastikan pintu masuk bahagian ini dan negeri ini selamat daripada dibolosi anasir tidak baik. DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASAN

 ??  ?? HAMFATULLA­H menyerahka­n potret kenangan kepada Awang Tengah sambil disaksikan Sufian (dua kiri), Kalthom dan Hamidah (kanan).
HAMFATULLA­H menyerahka­n potret kenangan kepada Awang Tengah sambil disaksikan Sufian (dua kiri), Kalthom dan Hamidah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia