Utusan Borneo (Sabah)

235 penerima dapat manfaat daripada peruntukan UNIFOR

-

MIRI: Seramai 235 penerima mendapat manfaat daripada peruntukan sejumlah RM20 juta daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) pada tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata peruntukan disalurkan Kerajaan Sarawak itu sebagai sokongan membantu institusi bukan Islam membina, membaiki dan meningkatk­an rumah ibadat masing-masing.

“Sejak Mei 2017, sejumlah RM15 juta dikeluarka­n bagi membina dan menaik taraf 77 gereja dan kuil di Sarawak manakala untuk tahun ini RM20 juta diperuntuk­kan bagi 235 penerima.

“Peruntukan ini adalah antara bukti sokongan, pengiktira­fandankete­rbukaan kerajaan Sarawak terhadap semua agama di sini,” katanya dalam teks ucapan dibacakan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian pada Perarakan Krismas Miri 2018 di Dataran Kipas Miri malam Ahad.

Hadir sama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Gerawat Gala, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dan Senator Alan Ling.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon, Pengarah UNIFOR Datu Dr Ngenang Janggu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Residen Bahagian Miri Sherrina Hussaini, pengerusi penganjur Perarakan Krismas Miri 2018 Rev Nicholas Tan serta tetamu lain.

Menurut Uggah, rakyat Sarawak amat bertuah kerana dapat mengamalka­n agama masing-masing tanpa sebarang masalah, bebanan atau ancaman.

“Bersamalah kita menjaga kebebasan dan keistimewa­an ini kerana kita sangat bernasib baik mempunyai rakyat begitu saling menghormat­i terhadap kepercayaa­n dianuti berbilang kaum di sini,” ujarnya.

Katanya, perarakan Krismas adalah contoh terbaik bukan sahaja dihadiri penganut Kristian tetapi masyarakat agama lain turut serta menyaksika­n kemeriahan perarakan diserikan dengan pelbagai persembaha­n.

“Ini adalah acara pembanguna­n masyarakat di mana kita semua keluar bersama dan berkongsi kemeriahan sambutan Hari Krismas,” katanya.

 ??  ?? ADAM yang merupakan pengerusi bersama Perarakan Krismas Miri 2018 menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Sim sambil disaksikan yang lain.
ADAM yang merupakan pengerusi bersama Perarakan Krismas Miri 2018 menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Sim sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia