Utusan Borneo (Sabah)

PPKR Sarawak gesa tarik balik larangan merokok

-

SIBU: Persekutua­n Persatuan Peniaga Kopi dan Restoran (PPKR) Sarawak menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) menarik balik peraturan larangan merokok di premis makanan yang akan dilaksanak­an pada 1 Januari depan.

Presidennn­ya Hii Hung Yii berkata, larangan yang sudah diluluskan di peringkat pusat itu dibimbangi akan memberi impak kepada perniagaan premis makanan seperti kedai kopi, restoran dan gerai makanan.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ada berkata bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan boleh diubah kerana tidak semuanya sempurna.

“Justeru, kami mahu kerajaan mengkaji semula peraturan tersebut,” katanya pada sidang media di sini, pada Sabtu.

Menurut Hii, rakyat memberi mandat kepada kerajaan PH pada pilihan raya lalu adalah kerana inginkan perubahan demi kesejahter­aan dan manfaat semua.

“Tapi sekarang mereka (kerajaan) dilihat sudah mula menyusahka­n rakyat seperti pelaksanaa­n peraturan larangan merokok ini.

“Terus terang saya katakan, kami menghadapi pelbagai masalah sejak kerajaan baharu mengambil alih Putrajaya dengan memperkena­lkan undang-undang baharu yang sangat menyusahka­n,” katanya.

Sehubungan itu, Hii menggesa menteri yang memperkena­lkan larangan tersebut duduk di kedai kopi bagi melihat sendiri bagaimana pengusaha kedai kopi bekerja.

“Jangan hanya duduk di pejabat dan memperkena­lkan undang-undang baharu tanpa kajian yang menyeluruh.

“Datanglah jumpa kami dan lihat cabaran yang dihadapi kami menjalanka­n operasi perniagaan harian,” katanya sambil menjelaska­n bahawa mereka beroperasi seawal jam 4 pagi hingga jam 3 petang.

Kata Hii, disebabkan larangan tersebut para pemilik kedai kopi boleh didenda sekiranya terdapat pelanggan yang merokok di dalam premis mereka.

“Peraturan baharu ini amat membebanka­n dan menyusahka­n kami.

“Kami tidak bersetuju dengan kerajaan menghalang orang menghisap rokok di premis makanan,” tegasnya.

Selepas sidang media itu, Hii mengetuai kira-kira 50 ahlinya mengadakan protes secara aman di Pintu Gerbang Sibu membantah peraturan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia