Utusan Borneo (Sabah)

Rumah panjang Annah Rais, permata budaya tersembuny­i di Sarawak

-

KUCHING: Rumah panjang Annah Rais yang terletak berhampira­n sempadan Sarawak-Kalimantan Indonesia di Padawan, adalah antara rumah panjang masyarakat Bidayuh yang masih bertahan dengan penghuniny­a terus mengamalka­n budaya dan tradisi zaman dahulu.

Pengunjung ke rumah panjang yang terletak di hujung Jalan Puncak Borneo, kirakira 50 kilometer dari sini itu, berpeluang menikmati pemandanga­n desa dengan ladang lada dan dusun di sepanjang jalan.

Rumah panjang 120 pintu di Kampung Annah Rais itu menjadi destinasi pelanconga­n popular, di mana pelawat boleh melihat penduduk kampung membuat kraftangan, memetik dan memproses lada, termasuk bagaimana lada dikeringka­n di beranda rumah panjang, yang dipanggil ‘awah’.

Sarawak kini merupakan pengeluar utama lada di negara ini, dan tidak hairanlah “lada Sarawak” terkenal termasuk bagi pelancong luar ke negeri ini.

Seorang pelancong dari Perak, Mohd Ashraff Akmal, 31, berkata beliau kagum dengan rumah panjang Annah Rais yang dipercayai telah dibina lapan generasi lalu, kerana reka bentuk tradisiona­l yang unik dan struktur kayu yang kuat.

“Penduduk kampung di sini ramah. Saya tentunya akan datang lagi dan membawa keluarga saya untuk lawatan akan datang, selain mempromosi­kan tempat ini kepada kawan-kawan saya yang lain di semenanjun­g,” katanya ketika ditemui Bernama di sini pada Isnin.

Semasa di Annah Rais, Mohd Ashraffe berkata beliau juga berpeluang melihat penghuni rumah panjang menghasilk­an produk kraftangan termasuk daripada manik tradisiona­l Bidayuh yang dijual untuk menambah pendapatan.

Sementara itu, Kenek Sarus, 53, pembuat kraftangan, berkata beliau turut menerima tempahan daripada pelancong yang melawat rumah panjang itu untuk menghasilk­an produk kraftangan tradisiona­l untuk mereka bawa balik sebagai cenderahat­i. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia