Utusan Borneo (Sabah)

62 kanak-kanak dirai pada majlis amal di Victoria Plaza Miri Times Square

-

MIRI: Dalam menghidupk­an suasana sambutan Hari Krismas yang menjelang tiba, seramai kirakira 62 kanak-kanak bertuah dari tiga rumah amal sekitar bandar raya ini diraikan dalam satu acara amal di Victoria Plaza Miri Times Square di sini, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik disajikan kepada kanak-kanak yang datangnya dari Miri Methodist Children’s Home, Miri Red Crescent Society (MRCS) Sunflower Centre dan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Miri.

Padamajlis­sama,hadirinber­peluang menyaksika­n acara menyalakan lampu pokok krismas tertinggi di Miri yang disempurna­kan oleh Datuk Bandar Miri Adam Yii Siew Sang.

ParkCity dan Samling yang merupakan pemaju bagi Marina Parkcity turut memberi sumbangan berjumlah RM26,010 kepada tiga rumah amal tersebut.

Sementara itu, Adam dalam ucapannya kagum dengan konsep baharu pusat komersial yang dibawakan oleh ParkCity di Miri.

“Dari laluan mesra pejalan kaki ke halaman terbuka, pusat komersial ini merupakan sesuatu yang baharu kepada Miri. Saya percaya Miri Times Square tidak lama lagi akan membawa keindahan pada landskap tempatan.

“Pintu gerbang Miri Times Square ini juga menjadi satu mercu tanda tambahan yang melambangk­an titik masuk dari jalan pertama dan tertua di Miri iaitu Jalan High Street ke pusat komersial serba moden ini,” katanya.

Ujar beliau, kawasan pusat komersial ini yang berdekatan dengan Central Park pasti akan menggalakk­an gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat Miri.

“Di kesempatan ini, saya ingin memuji pemaju atas komitmen dan inisiatifn­ya untuk mengekalka­n keindahan Central Park sehingga ke hari ini.

“Saya menyedari Central Park kini menjadi tempat yang popular bagi pendudukte­mpatanuntu­kberkumpul dan melakukan aktiviti sihat. Ini adalah selaras dengan objektif pihak majlis untuk menggalakk­an negara yang lebih sihat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia