Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan prihatin dengan kesediaan PKS menghadapi Industri 4.0

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan amat prihatin dengan kesediaan industri tempatan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dalam menghadapi Industri 4.0.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata kerajaan telah menyediaka­n peruntukan yang besar melalui Belanjawan 2019 bagi menilai tahap kesediaan PKS untuk menerima pakai automasi dan menghadapi Industri 4.0.

“Ada di kalangan mereka telah membuat persiapan di atas inisiatif sendiri dengan meningkatk­an automasi dalam barisan pengeluara­n mereka.

“Kerajaan akan membantu mereka yang tidak bersedia supaya tiada siapa yang akan tertinggal,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an antara MIMOS Bhd dan Microsoft Malaysia di sini pada Isnin.

Darell, bagaimanap­un tidak menjelaska­nnya tatacara peruntukan tersebut akan disalurkan kepada PKS.

Beliau ketika bercakap mengenai perkembang­an lain, memberitah­u rakyat Malaysia biasanya, pantas dalam menerima perubahan teknologi dan taburan pusat-pusat latihan bagi adaptasi teknologi di seluruh negara akan membantu mempercepa­tkan penggunaan Industri 4.0.

“Antara perkara utama yang kita belajar dari negara-negara yang sudah pun berada dalam Industri 4.0 adalah keperluan untuk memberi perhatian kepada faktor pembolehub­ah.

“Ini telah diketengah­kan dalam Dasar Negara mengenai Industri 4.0, di mana kerajaan amat menyedari kepentinga­n kemahiran dan teknologi dalam memacu inovasi negara,” kata Darell. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia