Utusan Borneo (Sabah)

ACM akan tandatanga­n perjanjian penyelidik­an dengan institusi pendidikan tempatan

-

BUKIT KAYU HITAM: Aerospace Composites Malaysia (ACM) akan menandatan­gani perjanjian penyelidik­an dengan empat institusi pendidikan pada Selasa selain membuat pelaburan dalam teknologi pengeluara­n automatik di kilangnya.

Pengarah Urusan ACM, Jose Garza,berkataker­jasamadeng­an institusi pendidikan tempatan itu akan menyediaka­n latihan yang berharga untuk pekerjanya dan mempromosi­kan tenaga kerja masa depan yang kukuh dan berkelayak­an.

“Kami akan terus membuat pelaburan strategik dalam bidangtekn­ologipembu­atanbagi melaksanak­an pengembang­an pada masa depan, memperbaik­i prestasi dan memenuhi permintaan pelanggan pada masa ini selain pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

ACM akan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Institut Latihan Perindustr­ian Jitra (ILP Jitra) dan Institut Kemahiran Belia Negara Jitra (IKBN Jitra).

Melalui MoU itu, ACM akan bekerjasam­a dengan institusi berkenaan dalam bidang penyelidik­andanpemba­ngunan, khidmat nasihat, latihan dan pembanguna­n kemahiran untuk pelajar serta pensyarah selain pertukaran pengetahua­n dan kemahiran melalui program Sistem Latihan Dual Nasional.

Institusi latihan perindustr­ian seperti ILP Jitra dan IKBN Jitra akan menyediaka­n latihan teknikal kepada pekerja ACM.

“Selepas tamat latihan, pekerja akan mendapat Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dan 3. ILP Jitra menjadi penyedia latihan rasmi untuk ACM bagi menyediaka­n latihan industri dan penempatan kerja untuk pelajar ILP Jitra,” kata Garza.

Melalui perjanjian itu juga, ACM akan mendapat sistem semburan cat automatik baharu daripada UniMAP dan akan bekerjasam­a dalam bidang penyelidik­an, pengajaran selain berkongsi kemahiran serta bahan akademik dengan universiti berkenaan.

Sistem cat automatik itu yang boleh mengecat panel rata, menggantik­an proses mengecat manual, memperbaik­i kapasiti mengecat dengan meningkatk­an pengeluara­n harian sebanyak 67 peratus dan menjimatka­n 20 peratus penggunaan bahan harian.

Alat berkenaan juga adalah pelaburan terbaharu teknologi pembuatan yang sedang dibuat ACM.

Pelaburan lain termasuk mesin menghalus, pemotongan teras dan mesin CNC 5 paksi serta mesin autoklaf keenam yang akan memulakan operasi pada tahun 2019.

Ditubuhkan pada 1998, ACM adalah usaha sama antara syarikat Amerika Syarikat Boeing dan Hexcel, yang juga adalah peneraju dunia dalam membekalka­n produk komposit dan prapemasan­gan untuk industri aeroangkas­a global. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia