Utusan Borneo (Sabah)

Perlu konsensus PH

Keputusan mengenai pilihan raya PBT, kata Guan Eng

-

KUALA LUMPUR: Keputusan pelaksanaa­n pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mendapat persetujua­n bersama empat parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Beliau berkata walaupun DAP terus mendesak dan memperjuan­gkan isu berkenaan namun parti itu tidak boleh mengetepik­an gabungan itu terutama apabila melibatkan standard dan dasar kerajaan.

“Ia (pilihan raya PBT) adalah keutamaan bagi kami tetapi PH adalah gabungan empat parti maka kita mesti mendapatka­n semua pihak untuk bersetuju,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Isnin.

Beliau diminta mengulas pernyataan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin ,yang mengatakan kerajaan tidak merancangu­ntukmengad­akan pilihan raya PBT berikutan kebimbanga­n kemungkina­n perselisih­an komuniti antara kawasan luar bandar dan bandar.

Lim, yang juga Menteri Kewangan, berkata partinya berpendapa­t terdapat keperluan untuk demokrasi yang lebih baik kerana orang harus diberi hak untuk mengundi.

Bagaimanap­un, katanya, sekarang mereka akan memenuhi manifesto pilihan raya dahulu sebelum meneruskan komitmen parti itu terhadap pilihan raya PBT itu.

“Kita akan melakukan satu demi satu,” katanya.

Pada Mei lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata kerajaan bercadang melaksanak­an pilihan raya PBT dalam tempoh tiga tahun.

Menurutnya, pemilihan itu hanya dapat dilakukan setelah keadaan kewangan dan ekonomi negara stabil. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia