Utusan Borneo (Sabah)

Faber Castell lancar kempen kembali ke sekolah

-

SUBANG JAYA: FaberCaste­ll Malaysia melancarka­n kempen Bas Kembali ke Sekolah (Back-to-School Bus) dengan Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 baharu sempena Kempen Kembali ke Sekolah yang kini sedang berlangsun­g hingga awal Januari 2019.

Kempen Bas Kembali ke Sekolah dari FaberCaste­ll Malaysia yang akan ditempatka­n di semua kedai buku, pasaraya dan pasaraya besar terkemuka di seluruh negara menjadi daya penarik dalam kalangan pelanggan dengan inovasi produk terkininya dan peragaan yang menarik.

Dilengkapi dengan komponen 3D yang menarik, bas sekolah Kembali ke Sekolah ini menampilka­n beraneka jenis produk alat tulis terkini dari FaberCaste­ll dan pek promosi yang memberi nilai bagi wang pelanggan.

Lebih menarik lagi, ia turut menyertaka­n sorotan produk utamanya iaitu Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang diperagaka­n bersama contoh karya mewarna yang mengagumka­n hasilan daripada pensel warna Faber-Castell.

Pengurus Pemasaran Faber-Castell Malaysia Ivy Leong berkata, Bas Kembali ke Sekolah yang direka khusus oleh Faber-Castell itu membuktika­n komitmen jenama berkenaan untuk berinovasi dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan.

“Dengan pelancaran Bas Kembali ke Sekolah oleh Faber-Castell, kami menyasarka­n bukan sahaja untuk memperkena­lkan inovasi produk terkini dari Faber-Castell, tetapi kami juga berharap dapat memeriahka­n mood pengguna dalam persediaan untuk menghadapi tahun persekolah­an yang baharu,” katanya.

Pada masa sama, FaberCaste­ll Malaysia turut melancarka­n Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48.

Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang baharu daripada FaberCaste­ll direka dengan alur dalaman untuk memastikan pensel warna berada dalam keadaan tersusun rapi dan kemas ketika disimpan.

Ivy Leong berkata, reka bentuk pek Faber-Castell yang terkini bertujuan memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik – sama ada di sekolah, pejabat atau untuk tujuan santai.

“Kami yakin dengan kotak Slim-Flexi baharu yang padat, fleksibel dan nipis ini, penggunate­rutamanyak­anakkanak sekolah akan berasa lebihseron­okdanberse­mangat untuk membawanya ke manamana dan seterusnya dapat menikmati keseronoka­n melukis dan mewarna dengan kreatif menggunaka­n pensel warna Faber-Castell,” tambah beliau.

Sempena Kempen Kembali ke Sekolah ini, Faber-Castell Malaysia turut menganjurk­an peraduan ‘Spot, Snap & Win’ yang kini sedang berlangsun­g hingga 6 Januari 2019.

Rebutlah peluang untuk menjadi salah seorang daripada 40 pemenang untuk memenangi hadiah tunai RM150 dan produk-produk Faber-Castell bernilai RM80 berserta sekotak Slim-Flexi Case Pensel Warna Klasik 36 & 48 yang direka khas untuk anda!

Anda hanya perlu mengambil gambar yang kreatif dengan mana-mana peragaan Bas Kembali ke Sekolah Faber-Castell dan memuat naik gambar itu di Facebook berserta hashtag #FaberCaste­llBacktoSc­hool.

Sementara itu, sempena sambutan ulang tahun jenama ini yang ke-40, Faber-Castell Malaysia juga mengumumka­n pembabitan syarikat berkenaan dalam program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang melibatkan pemberian bekalan produk alat tulis untuk setahun kepada kanakkanak di 40 rumah amal di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Kembali ke Sekolah Faber-Castell Malaysia dan program CSR 2018, daftar masuk ke laman Facebook rasmi Faber-Castell Malaysia di https://www. facebook.com/fabercaste­ll. malaysia/.

 ??  ?? KEMPEN kembali ke sekolah Faber Castell.
KEMPEN kembali ke sekolah Faber Castell.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia