Utusan Borneo (Sabah)

MP Pembangkan­g protes, keluar Dewan Rakyat

-

KUALA LUMPUR: Majoriti Anggota Parlimen pembangkan­g bertindak keluar sidang Dewan Rakyat pada Isnin sebagai tanda protes selepas dua anggotanya diusir daripada Dewan Rakyat keranameng­gangguperj­alanan sidang secara berterusan.

Kedua-dua mereka ialah Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatang­an) dan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang tidak mahu berganjak daripada permintaan mereka supaya RSN Rayer (PHJelutong) memohon maaf kepada Datuk C. Sivarraajh (BN-Cameron Highlands) selepas Sivarraajh diarah keluar dewan Rabu lepas.

Episod kekecohan itu bermula sebaik sidang bersambung selepas waktu rehat, apabila Bung Moktar yang bangun ketika perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2018 mendakwa Rayer mengeluark­an sangkaan jahat kepada Sivarraajh, Rabu lepas sehingga statusnya sebagai Anggota Parlimen menjadi persoalan, dan menggesa Rayer memohon maaf.

“Point of order, mengikut peraturan Mesyuarat 36 (6) seorang Anggota Parlimen tidak boleh mengeluark­an sangkaan jahat terhadap anggota lain. Baru-baru ini, Anggota Parlimen Jelutong telah keluarkan sangkaan jahat terhadap Cameron Highlands dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan dengan menyebabka­n Speaker terpengaru­h dan Cameron Highlands digantung daripada persidanga­n selama dua hari, kerugian dua hari.

“Dengan hati suci dan hati mulia saya mohon Jelutong mohon maaf kepada dewan ini dan Cameron Highlands,” katanya disambut Rayer yang menegaskan beliau tidak akan memohon maaf.

Sebagai respons kepada permintaan berkenaan, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata perkara itu telah selesai, selepas Yang di-Pertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof mengeluark­an petua pagi ini menyatakan bahawa Sivarraajh kekal sebagai Anggota Parlimen dan boleh memasuki sidang Dewan Rakyat seperti biasa.

Isu berkenaan menjadi lebih panas, apabila Sivarraajh pula bangun mengucapka­n terima kasih kepada Speaker kerana menyedari kesilapann­ya dan berbesar hati mengembali­kan statusnya.

Celahan Sivarraajh itu mendapat tentangan majoriti Anggota Parlimen kerajaan, yang mahu Sivarraajh pula memohon maaf kerana membuat satu tuduhan yang dianggap sebagai sangat liar.

Enggan menuruti arahan Mohd Rashid supaya perbahasan diteruskan, Tajuddin bangun mencelah memohonsup­ayapermoho­nan maaf berkenaan diselesaik­an terlebih dahulu.

“Ini soal maruah, bukan perkara kecil, kena selesaikan dahulu, selagi tidak selesai kita tidak boleh teruskan perbahasan…Speaker jangan marah kami, kami boleh marah juga, jangan mainmain. This is a principal issue (ini isu utama) , kita nak keadilan ditegakkan”.

Keadaan kecoh berlanjuta­n kira-kira 20 minit itu yang cuba dikawal sebaik mungkin oleh Mohd Rashid dengan menyatakan berulang kali bahawa petua telah dikeluarka­n dan keputusan Speaker adalah muktamad, bagaimanap­un terus diganggu sebelum beliau akhirnya meminta bentara mengiringi Bung Moktar dan Tajuddin keluar dewan.

Arahannya itu bagaimanap­un diprotes majoriti Anggota Parlimen pembangkan­g, yang menyifatka­nnya sebagai berat sebelah.

Selepas perbahasan diteruskan, Mohd Rashid memaklumka­n bahawa Bung MoktardanT­ajuddin,masingmasi­ng digantung selama sehari daripada persidanga­n Dewan Rakyat.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) bagaimanap­un dilihat kekal di kerusinya dan mengikuti sesi penggulung­an oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia