Utusan Borneo (Sabah)

Gerun tengok Tok Mudim dalam telemovie di TV1, 16 Disember ini

-

CUTI penggal persekolah­an hujung tahun sememangny­a menjadi pilihan ibu bapa yang berhasrat mahu mengkhatan­kan anak mereka.

Ini kerana tempoh cuti yang agak panjang memungkink­an si anak cukup rehat untuk pulih dan memulakan kembali hari mereka.

Namun banyak kejadian seperti melarikan diri, menangis dan menjerit bila dikaitkan dengan berkhatan. Macam-macam kejadian lucu yang hakikatnya dibawa mereka untuk diceritaka­n kepada generasi seterusnya.

Kisah ini dijadikan jalan cerita dalam telemovie bertajuk ‘Rumi Masuk Jawi’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 16 Disember ini, jam 10.05 pagi di TV1.

Menampilka­n pelakon Shamsuddin Che Pak, Ammar Mohd. Asri, Ahmad Ammar Sa’arif, Kismah Johar dan Izz Ilham, telemovie arahan Mior Hashim Manap menonjolka­n kisah kekeluarga­an yang berlaku dalam masyarakat kita bila mana seseorang anak itu mahu dikhatanka­n.

Kisahnya bermula dengan dua kali Rumi lari ketika hendak dikhatanka­n di Klinik Desa.

Untuk khatan kali ini Mak Tok cadangkan agar Rumi dikhatanka­n oleh Tok Din, mudim kampung yang sudah tua.

Rumi yang dicadang berganding untuk berkhatan bersama dengan sepupunya, Arif dan Fitri.

Mak Tok berjanji untuk memberi hadiah duit kepada mereka yang berkhatan. Rumi melihat Tok Din terketar-ketar memegang cawan untuk minum.

Lebih merisaukan Rumi dan sepupunya, apabila melihat tangan Tok Din terketar-ketar menukul paku dan terkena jarinya.

Kerisauan semakin memuncak apabila melihat Tok Din terpijak cermin matanya sendiri.

Rumi bercadang mengajak sepupunya pergi bercuti dengan tujuan untuk lari dari dikhatanka­n oleh Tok Din.

Halim dan Mak Tok terperanja­t mellihat nota daripada cucunya. Mak Tok menangis teringatka­n cadanganny­a untuk mengkhatan cucu-cucu dengan Tok Din.

Setelah dibuat undian, ketiga budak-budak mahu pergi ke Zoo Taiping. Halim pergi ke pekan untuk mencari anak-anak saudaranya.

Rumi dan sepupunya tersilap naik bas yang menghala ke Alor Setar. Bas yang dinaiki rosak di pertengaha­n perjalanan.

Rumi sakit perut dan Fitri serta Arif pula tertidur, mereka tertinggal bas. Semasa di masjid mereka terdengar perbincang­an pengambila­n anak angkat semasa percutian. Mereka mengaku yang merekalah ketiga anak angkat yang dicadangka­n itu.

Semasa berada di rumah Hj. Rahman, keluarga Hj. Rahman sedang bersiap untuk majlis berkhatan anak-anak kampung.

Mereka mengaku telah pun berkhatan dan memberi nasihat kepada rakan-rakan yang hendak dikhatan.

Setelah berfikir, mereka membuat keputusan untuk pulang dan berkhatan di klinik.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia