Utusan Borneo (Sabah)

‘Bincang makanan’ di meja

-

chef terkenal dunia sanggup memandu sejauh 60km dari Kuala Lumpur ke Seremban semata-mata ingin menikmati makanan Malaysia kegemarann­ya, mi daging lembu, yang dikatakann­ya mempunyai cita rasa terbaik antara hidangan makanan di negara ini.

Walaupun mempunyai pengalaman luas dalam memasak hidangan sangat enak dan memenangi banyak gelaran, Chef Emmanuel Stroobant yang memiliki sikap rendah diri, masih meminati dan percaya terhadap masakan tempatan Malaysia.

Pemenang anugerah Michelin Grand Chef, Relais & Chateux itu, berkata rakyat Malaysia sangat bertuah kerana mempunyai resipi tradisiona­l yang hebat daripada setiap lapisan masyarakat dan kaum, dengan sebahagian hidangan itu boleh dinikmati bersama.

Beliau, bagaimanap­un berkata trend masa kini menyaksika­n tidak ramai lagi anggota masyarakat bercakap semasa di meja makan menarik perhatiann­ya.

“Saya melihat banyak orang, kebanyakan­nya generasi muda, mereka tidak lagi bercakap. Mereka sentiasa bersama telefon sepanjang masa, itu termasuk juga anak-anak saya. Apa ingin saya bawa kembali (melalui masakan saya) adalah semangat berkongsi dan membincang­kan makanan di meja, orang akan mula bercakap mengenainy­a.

“Jika kita berhenti bercakap di meja makan, kita mungkin kehilangan resipi dan budaya kita, (peringatan) bagi saya dan rakan-rakan rakyat Malaysia saya, itu yang kita mahu pelihara,” kata penasihat makanan itu dalam temu bual bersama Bernama, baru-baru ini.

Stroobant, bapa kepada tiga anak itu, berada di sini barubaru ini bagi menghadiri Siri ‘Desaru Coast Gourmet’, di mana beliau mempersemb­ahkan perisa ikonik masakan Malaysia melalui acuannya sendiri, menggunaka­n pengalaman luasnya semasa menetap di Asia selama beberapa tahun, termasuk di Malaysia.

“Ini adalah tentang bagaimana kreatif kita tanpa mengubah asas hidangan itu sendiri supaya kita tidak perlu mencipta hidangan baharu tetapi kita mahu melihat bagaimana kita boleh melakukan sesuatu yang berbeza dengannya tanpa mengubah keaslianny­a,” kata warga Belgium itu.

Semasa siri gourmet pertama itu, pengunjung diberi pilihan makanan yang enak, daripada sajian Nasi Kerabu yang berbeza dan tulang rusuk direbus diilhamkan daripada rendang daging tempatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Developmen­t One Sdn Bhd, Roslina Arbak berkata siri gourmet oleh Chef Stroobant itu adalah yang pertama daripada enam siri program makanan dirancang dalam beberapa bulan akan datang.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia