Utusan Borneo (Sabah)

Pengembara British dibunuh di New Zealand

-

WELLINGTON: Seorang lelaki didakwa atas pembunuhan seorang pengembara British yang hilang di New Zealand, menurut polis ketika pencarian diteruskan semalam bagi mayatnya.

Grace Millane, 22, dilihat kali terakhir seminggu memasuki sebuah hotel di pusat bandar di Auckland bersama seorang lelaki.

Pihak polis menyatakan seorang lelaki berusia 26 tahun didakwa dengan pembunuhan selepas disoal siasat beberapa jam kelmarin dan akan hadir di mahkamah pada hari ini.

“Grace sudah meninggal dunia,” inspektor detektif Scott Beard menyatakan memetik bukti yang ditemui semasa siasatan.

“Kami masih belum mengetahui di mana Grace berada.

“Kami masih meneruskan untuk mencari beliau dan memulangka­n beliau kepada keluargany­a,” tambahnya lanjut.

Millane dalam percutian selama setahun selepas menamatkan pengajian dari universiti dan sentiasa berhubung setiap hari dengan keluargany­a sehingga malam sebelum hari jadinya yang ke-22 penghujung minggu lepas.

Ayah beliau David, yang melaporkan kehilangan anak gadisnya, telah tiba di New Zealand pada Jumaat lepas dan mengeluark­an rayuan penuh emosi bagi maklumat yang berkaitan dengan kehilangan anak gadisnya yang penyayang, periang dan mesra di kalangan keluarga.

Pihak polis menyatakan tiada cadangan Millane mengenali sebelum itu lelaki yang dilihat memasuki hotel bersama dengannya, namun tidak membuat spekulasi mengenai bagaimana mereka telah bertemu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia