Utusan Borneo (Sabah)

Hampir 40,000 pengunjung banjiri Festival Anggun Life

-

FESTIVAL Anggun Life yang menghimpun­kan selebriti-selebriti dan pelbagai jenama popular baru saja melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam Selangor pada 8 dan 9 Disember lalu.

Bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam, hampir 40,000 pengunjung telah membanjiri festival ini untuk membeli barangan fesyen, kecantikan, gaya hidup, kesihatan dan pelbagai lagi.

Bertujuan untuk menggalakk­an kaum hawa menceburi bidang perniagaan dengan menjual atau mempromosi­kan produk-produk tempatan, festival Anggun Life berjaya menarik lebih 100 vendor yang terdiri daripada jenama-jenama dan barisan selebriti popular untuk turut serta.

Antara selebriti yang menjadi vendor menjual produk keluaran mereka sendiri di festival ini ialah Amy Search, Wan Sharmila, Izzue Islam, Mira Filzah, Zulhuzaimy, Syifa Melvin, Ezzaty Abdullah dan ramai lagi!

Menurut Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang telah hadir ke festival Anggun Life pada hujung minggu lepas dari awal pagi dan bersama-sama untuk memeriahka­n suasana sehingga lewat malam. Sokongan hebat daripada anda semua amat bermakna buat kami! Percubaan pertama kami untuk menganjurk­an festival khusus kepada golongan wanita berjaya mencapai matlamatny­a. Anggun Life bukan sahaja dilihat sebagai platform kepada usahawan tempatan untuk mempamerka­n barangan Malaysia yang berkualiti dengan tawaran harga menarik, malah festival ini dirancakka­n lagi dengan pelbagai aktiviti hiburan yang disertai oleh barisan selebriti popular.”

Selain beramah mesra dengan kedua-dua duta festival Anggun Life, Amar Baharin dan Amyra Rosli, para pengunjung juga dapat bertemu dengan barisan artis Drama Sangat yang dibawakan khas sempena acara ini seperti Hafidz Roshdi, Datin Diana Danielle, Zoey Rahman dan Julia Farhana Marin.

Lebih menarik lagi, festival Anggun Life kali ini turut menerima kunjungan daripada Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan isteri kepada Menteri Besar Selangor Masdiana Mohd serta Pengurus Besar, Pelanconga­n Negeri Selangor Noorul Ashikin Mohd. Din, yang diundang khas oleh Malaysian Women Marathon (MWM) sebagai tanda sokongan positif terhadap festival Anggun Life yang menerima sambutan hangat ini.

Program Majalah Wanita terulung TV3, Nona turut membuat liputan secara langsung pada hari Ahad. Mira Filzah selaku hos tidak terlepas untuk meluangkan masa dalam sesi ramah mesra bersama para peminat yang turut disertai barisan hos Wanita Hari Ini iaitu Fiza Sabjahan dan Hazrena Kassim.

Kali ini, CJ Wow Shop telah turun padang menyertai festival ini bersama hos-hos mereka seperti Cef Fikree Aznan, Diana Rusdi, Karl Shafek, Cef Brian, Mimie Haris, Zaim Helmi Zaini, Liyana Adnan, Jimmy Shanley, Raja Farah, Nadia Annuar, Ameera Zaini serta Masrenny.

Aquaman

Bahasa: Inggeris

Sarikata: Melayu / Cina

Klasifikas­i: P13

Tarikh Tayangan: 13 Disember 2018

Genre: Aksi / Pengembara­an / Fiksyen Sains Durasi: 2 Jam 23 Minit

Pengedar: Warner Bros. Pictures

Pelakon: Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson, Willem Dafoe, Nicole Kidman, Yahya Abdul-Mateen II Pengarah: James Wan

Format: 2D, IMAX 2D, 2D ATMOS, 2D ATMOS D-BOX

Sipnosis ~ Arthur Curry mendapat tahu yang dia adalah pewaris kepada kerajaan di bawah lautan, Atlantis. Dengan pengetahua­n baru itu, dia bukan sahaja perlu mengetuai orangnya sahaja tetapi turut menjadi wira kepada dunia selepas abang tirinya, Orm, tekad untuk menyatukan tujuh kerajaan lautan dan berperang dengan dunia manusia yang baginya telah mendatangk­an kerosakan kepada dunia mereka.

Sangat.

 ??  ??
 ??  ?? MERIAH: Sesi ramah mesra bersama duta Anggun Life serta barisan artis Drama
MERIAH: Sesi ramah mesra bersama duta Anggun Life serta barisan artis Drama
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia