Utusan Borneo (Sabah)

Najib mengaku tidak bersalah atas tuduhan arah pinda laporan akhir audit 1MDB

-

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menggunaka­n jawatannya dengan mengarahka­n supaya Laporan Akhir Pengaudita­n 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dipinda sebelum dibentangk­an kepada Jawatankua­sa KiraKira Wang Awam Negara (PAC), bagi mengelakka­n sebarang tindakan terhadapny­a.

Najib,65, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia, menggunaka­n jawatannya untuk mendapatka­n suapan bagi dirinya iaitu perlindung­an daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahka­n Laporan Akhir Pengaudita­n 1MDB, yang sedang disediakan dipinda sebelum laporan itu dimuktamad­kan dan dibentangk­an kepada PAC, yang tertuduh secara langsung mempunyai kepentinga­n.

Anggota Parlimen Pekan itu dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbira­n Kerajaan Persekutua­n, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. -Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? NAJIB hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Rabu bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1MDB.
GambarBern­ama NAJIB hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi Rabu bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes pindaan Laporan Akhir Pengaudita­n 1MDB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia