Utusan Borneo (Sabah)

Kes rusuhan kuil: Sembilan lagi didakwa merusuh guna senjata berbahaya

-

PETALING JAYA: Sembilan lagi lelaki, termasuk seorang pelajar kolej didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan merusuhden­ganmenggun­akan senjata berbahaya dalam insiden kekecohan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, akhir bulan lalu.

Kesemua tertuduh yang berusia antara 20 hingga 44 tahun bagaimanap­un mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira­h Abd Salim.

Mereka adalah Muhammad Qayyum Mohd Faisal, Mohd Ashraf Mohd Faisal, Absal Evastrie Abdullah, Muhamed Jalil Talib, Muhammad Khairol Anuar Zabidi (pelajar kolej), Muhd Zamri Md Said, Shukri Razali, Afizal Sabtu dan Nor Azmi Abdul Ghani.

Mereka didakwa secara bersama-sama empat lelaki yang telah dituduh di Mahkamah Majistret 1, di sini, pada 4 Dis lalu dan beberapa lagi yang masih bebas didapati berada dalam rusuhan dan semasa rusuhan itu, kesemuanya memiliki parang, kapak, pisau dan kayu yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kuil berkenaan di Subang Jaya, di sini, antara jam 2 pagi dan 5 pagi, 26 Nov lepas.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Salim Soib @ Hamid yang mengetuai barisan pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh berserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali serta pasport diserahkan kepada mahkamah.

Selain Salim, pendakwaan turut dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim, Amir Nasruddin dan Fairuz Johari manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarka­n kesemua tertuduh masingmasi­ng diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan melaporkan diri ke balai polis berhampira­n setiap bulan selain pasport diserahkan ke mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah juga membenarka­n permohonan pendakwaan untuk memindahka­n kes pada Rabu ke Mahkamah Majistret 1 untuk dibicaraka­n bersama dengan tertuduh lain dalam kes sama dan menetapkan 17 Jan bagi sebutan semula kes.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia