Utusan Borneo (Sabah)

Bekas CEO TH Heavy Engineerin­g diperintah bela diri tuduhan pecah amanah

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH Heavy Engineerin­g Bhd (THHE) diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap lima tuduhan pecah amanah dan empat tuduhan pengubahan wang haram.

Hakim Madihah Harullah membuatkep­utusanters­ebut terhadap Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie ke atas tertuduh dan menetapkan 13 sehingga 15 Feb tahun depan untuk tertuduh membela diri.

Peguam Kitson Foong yang mewakili tertuduh memberitah­u mahkamah bahawa lima saksi pembelaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dan tertuduh akan memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.

Pada 2 Mac lalu, tertuduh didakwa melakukan pecah amanah melibatkan lima keping cek masing-masing bernilai RM400,000, RM570,000, 430,000, RM600,000 dan RM575,800 yang keseluruha­nnya berjumlah RM2.58 juta di pejabat THHE Fabricator­s Sdn Bhd, Tingkat 23, Tower B, Menara UOA, Bangsar, di sini antara April dan Oktober 2013. THHE merupakan syarikat bersekutu Tabung Haji.

Kesemua pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM430,000 dan RM570,000 hasil aktiviti haram daripada pengarah syarikat Coral Intoil, Mohd Razip Mohammad, dan pengarah syarikat RL Offshore Sdn Bhd, Hanaffi Daud di pejabat THHE Fabricator­s Sdn Bhd dan Restoran Leaf Dining, No. 5-1, Jalan Solaris 1, Solaris Mont Kiara, antara pukul 2 dan 4 petang, 27 Jun 2013 dan 1 Jun 2013.

Nor Badli Munawir juga dituduh menerima wang tunai berjumlah RM570,000 dan RM600,000 daripada Pengarah Syarikat Bicara Sepakat Sdn Bhd, Murhasmee Mukhtar di sebuah restoran di Ara Damansara, Petaling Jaya dekat sini, antara 6 petang dan 8 malam, pada 26 Jun 2013 dan 11 Sept 2013.

Pertuduhan dikemukaka­n mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 boleh didendamak­simumRM5ju­ta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, mahkamah melepaskan dan membebaska­n tertuduh atas satu tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM400,000 tanpa memanggiln­ya membela diri selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa menerima wang tunai tersebut daripada Murhasmee di sebuah restoran di Petaling Jaya, antara 6 petang dan 8 malam, pada 2 Mei 2013.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya S. Thangavelu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia