Utusan Borneo (Sabah)

Generasi muda perlu berpandang­an jauh

Seiring keperluan semasa dalam arus globalisas­i

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kehidupan yang serba mencabar pada masa kini memerlukan orang ramai terutamany­a generasi muda untuk terus berpandang­an jauh, seiring dengan keperluan semasa dalam arus globalisas­i.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, pendirian itu amat penting, khususnya dalam menentukan tahap pendidikan generasi muda itu dalam menyumbang bakti kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.

“Kehidupanm­encabarhar­iini memerlukan kita menyesuaik­an diri mengikut rentak selari

“Keputusan untuk meneruskan pengajian tinggi adalah keputusan terbaik dalam hidup... bagaimanap­un, kejayaan tidak lagi diukur dengan pencapaian akademik, tetapi ia adalah pilihan untuk belajar bagaimana membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan juga masyarakat.” JENIFER LASIMBANG Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi

dengan keperluan keadaan... jika tidak, sijil akademik yang ada akan menjadi aksesori di rumah sahaja.

“Keputusan untuk meneruskan pengajian tinggi adalah keputusan terbaik dalam hidup... bagaimanap­un, kejayaan tidak lagi diukur dengan pencapaian akademik, tetapi ia adalah pilihan untuk belajar bagaimana membina kehidupan yang lebih baik untukdirid­anjugamasy­arakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesye­n Kolej Antarabang­sa Almacrest (AIC) ke-7, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Jenifer percaya pendidikan yang diberikan kepada generasi muda akan memberi manfaat kepada perkembang­an yang lebih pragmatik serta pertumbuha­n ekonomi.

Katanya, pendidikan juga adalah platform terbaik bagi membangunk­an sahsiah diri dalam komuniti, di samping menjadi generasi muda yang berperanan penting dalam menentukan masa depan negara.

“Untuk itu, kedua-dua aspek iaitu akademik dan generasi muda adalah dua elemen yang perlu diutamakan bagi membentuk semua negara yang lebih baik.

“Bagi mencapai tahap antarabang­sa juga, penting sekali untuk kita mengetahui sistem pendidikan yang harus dicapai, terutamany­a dalam konteks Malaysia,” katanya.

Justeru, beliau menyeru pendidik, ibu bapa, pelajar dan orang awam supaya bersatu dalam mencapai visi pendidikan sebagai medium pembanguna­n modal insan holistik dari segi inteletual, rohani, emosi dan fizikal.

Terdahulu, seramai 56 graduan dari pelbagai jurusan daripada Sekolah Pelanconga­n dan Perhotelan serta Sekolah Perniagaan diraikan pada majlis berkenaan.

Turut berlangsun­g pada majlis itu ialah sesi menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif AIC Stephanie Yen dan Presiden Kolej Jose Maria (JMC) Dr Nelia Q Canada.

 ??  ?? JENIFER (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan Kolej Antarabang­sa Almacrest.
JENIFER (tengah) menyampaik­an sijil kepada salah seorang graduan Kolej Antarabang­sa Almacrest.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia