Utusan Borneo (Sabah)

Dakwaan tidak benar

Sebuah helikopter dan dron ceroboh ruang udara negara

-

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya terdapat sebuah helikopter dan dron dari negara jiran yang menceroboh ruang udara negara di Johor adalah tidak benar.

Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong berkata Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang mengesahka­n perkara tersebut.

“Ya, saya nafikan (dakwaan terdapat) helikopter yang menceroboh ruang udara dan taklimat juga telah diberi oleh Panglima TUDM (berhubung dakwaan ini),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Diploma Kursus Pemerintah­an dan Staf Malaysia Siri 47/2018 di Wisma Perwira di sini, pada Rabu.

Pada Selasa, sebuah media tempatan melaporkan terdapat helikopter dan dron menceroboh ruang udara negara dipercayai untuk mengganggu pergerakan kapal-kapal milik agensi negara.

Rakaman berdurasi dua minit 16 saat itu memaparkan sebuah helikopter dan dron didakwa berada di ruang udara negara tular di laman sosial.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembang­an siasatan Jawatankua­sa khas Parlimen berhubung Op Yaman 2, Liew berkata hasil siasatan dijangka dibentangk­an di Parlimen tahun hadapan.

“Buat masa ini, siasatan masih lagi dijalankan dan hasilnya akan diberi terus ke Parlimen,” katanya.

Pada 6 Dis lepas, beliau dilaporkan berkata Jawatankua­sa khas Parlimen untuk Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri akan ditubuhkan bagi menyiasat berkaitan Op Yaman 2.

Menurut Liew, siasatan akan menumpukan sama ada atur gerak prosedur operasi standard (SOP) dan aset ke Arab Saudi dalam Op Yaman 2 mematuhi prosedur dan dalam sistem yang betul.

Pada majlis itu, seramai 164 graduan dari dalam dan luar negara menamatkan Kursus Pemerintah­an yang dijalankan selama 49 minggu bermula 9 Januari lepas.-Bernama

“Ya, saya nafikan (dakwaan terdapat) helikopter yang menceroboh ruang udara dan taklimat juga telah diberi oleh Panglima TUDM (berhubung ” dakwaan ini) SENATOR LIEW CHIN TONG

Timbalan Menteri Pertahanan

 ??  ?? TIMBALAN Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong (kiri) menyampaik­an Anugerah Lembaga Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Peserta Kursus Luar Negara Terbaik Keseluruha­n kepada Mejar Teo Zhi Yang dari Singapura pada Majlis Penganuger­ahan Diploma Kursus Pemerintah dan Staf Siri 47/2018 Maktab Turus Angkatan Tentera di Wisma Perwira pada Rabu.
TIMBALAN Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong (kiri) menyampaik­an Anugerah Lembaga Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Peserta Kursus Luar Negara Terbaik Keseluruha­n kepada Mejar Teo Zhi Yang dari Singapura pada Majlis Penganuger­ahan Diploma Kursus Pemerintah dan Staf Siri 47/2018 Maktab Turus Angkatan Tentera di Wisma Perwira pada Rabu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia