Utusan Borneo (Sabah)

Kastam Kedah rampas rokok seludup bernilai hampir RM4 juta

-

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah merampas 4.7 juta rokok putih bernilai hampir RM4 juta termasuk cukai selepas menahan tiga lori di kawasan parkir Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah Selatan), Lebuh Raya Utara Selatan, Sabtu lalu.

Pengarahny­a, Datuk Johari Alifiah berkata pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan berusia 34 dan 49 tahun yang disyaki pemandu lori itu, manakala seorang lagi pemandu berjaya melarikan diri.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Kastam dari Cawangan Alor Setar telah berjaya menahan tiga lori bermuatan rokok itu secara serentak pada pukul 6.30 pagi yang didapati mempunyai setem cukai palsu dan disyaki tidak berkastam.

“Kesemua rokok yang dimuatkan dalam tiga lori itu berjumlahl­ebih4.7jutabatan­g dan melibatkan anggaran nilai kastam RM712,500 serta jumlah keseluruha­n duti dan cukai dianggar lebih RM3.2 juta,” katanya dalam sidang media di sini, pada Rabu.

Beliau berkata semua rokok buatan negara luar berjenama ‘Concept’ itu dipercayai untuk pasaran tempatan, namun pihaknya masih menyiasat dari mana ia dibawa masuk kedalam negara, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

“Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda nilai barangan atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia