Utusan Borneo (Sabah)

Ahli perniagaan rugi hampir RM30,000 ditipu ‘polis’ di Miri

-

MIRI: Seorang ahli perniagaan di sini kerugian RM28,548 apabila ditipu oleh seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dalam kes terbaru Macau Scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mangsa seorang lelaki berusia 54 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai ‘Sarjan Lim’ pada Selasa.

“Mangsa diberitahu waran tangkap telah dikeluarka­n oleh mahkamah ke atas mangsa kerana didakwa terlibat dalam pemalsuan kad kredit Maybank dan mangsa menerima bayaran RM273,000,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mustafa berkata, mangsa diarahkan oleh lelaki berkenaan untuk memberinom­borakaun bank milik mangsa dan setelah diberi semua maklumat dipinta, mangsa menerima mesej berlaku tiga transaksi pemindahan wang.

Beliau berkata, transaksi pemindahan wang tersebut melibatkan tiga akaun berbeza berjumlah keseluruha­n RM28,548 tanpa pengetahua­nnya dan mangsa terus membuat laporan polis pada Rabu.

Mustafa Kamal berkata kes kedua melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun yang bertugas sebagai penyelia di sini yang dihubungi seorang individume­ndakwadari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka pada 21 Nov lepas.

Menurutnya mangsa didakwa oleh individu berkenaan bahawa mangsa perlu hadir ke mahkamah untuk kes pinjaman kad kredit namun mangsa menafikan membuat sebarang pinjaman.

“Mangsa kemudian disambungk­an ke IPK Melaka bagi membolehka­n laporan polis dibuat melalui telefon dan mangsa sekali lagi didakwa terlibat dalam kes jenayah lain iaitu pengubahan wang haram dan pengedaran dadah,” katanya.

Menurutnya, mangsa telah diarahkan untuk membuat pemindahan wang ke dua akaun bankberbez­aberjumlah keseluruha­n RM6,300 pada 21 Nov dan 3 Dis.

Beliau berkata, mangsa menyedari ia satu penipuan dan membuat laporan polis pada Selasa.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia