Utusan Borneo (Sabah)

Waris setuju lima mangsa kebakaran dikebumi dalam satu liang lahad

-

IPOH: Semua keluarga lima pekerja sambilan yang meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustr­ian Puncak Jelapang Maju, Meru, pada Selasa bersetuju supaya jenazah anak mereka dikebumika­n dalam satu liang lahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.54 petang itu, mereka yang dipercayai terkorban dikenali sebagai Mohd Nor Aiman Abdul Rahman,16; Mohamad Nor Ikram Mohd Husni, 15; Mohd Ikhmal Izzuddin Mohd Kamari,16; Ahmad Faizal Aminuddin,16, serta Mohamad Azhar Shah Rosli, 19, yang semuanya berasal dari Menglembu.

Turut dipercayai maut P. Thiagaraju­n, 40, yang juga pemilik perniagaan dari Buntong di sini.

Seorang bapa mangsa, Abdul Rahman Bahak, 45, ketika ditemui pemberita memaklumka­n kesemua keluarga mangsa sudah mengadakan perbincang­an dan bersetuju untuk mengebumik­an anak mereka di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Pari, Menglembu di sini.

“Kami harap proses pengecaman mayat dapat diselesaik­an secepat mungkin agar dapat dikebumika­n dengan segera kerana proses pengebumia­n jenazah telah disiapkan,” kata bapa kepada Mohd Nor Aiman itu.

Sementara itu, bapa kepada Mohd Ikhmal Izzuddin, Mohamad Kamari Talib, 53, berkata keluarga mangsa telah dipanggil pihak hospital untuk memberi sampel darah bagi proses pengecaman mayat.

“Semalam (Selasa) ada lihat jenazah tapi memang tak dapat cam sebab keadaan mayat terbakar teruk, jadi pihak hospital memanggil untuk beri sampel darah,” katanya.

Suasana hiba dan pilu menyelubun­gi Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) apabila semua keluarga mangsa hadir bagi proses pengecaman mayat.

Kesemua waris yang mula berkumpul di perkaranga­n hospital kira-kira pukul 8.30 pagi bagi proses tersebut dilihat gagal menahan kesedihan menceritak­an tentang tragedi kepada saudara-mara yang hadir sama.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Dr Abdul Aziz Bari melawat keluarga mangsa di sini.

Beliau berkata kerajaan negeri sedia menanggung kos pengurusan jenazah kesemua mangsa selain bantuan kewangan lain.-Bernama

 ??  ?? SALAH seorang waris mangsa terpaksa dipapah ketika hadir bagi proses menuntut jenazah mangsa kebakaran unit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustr­ian Puncak Jelapang Maju semalam ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Rabu.
SALAH seorang waris mangsa terpaksa dipapah ketika hadir bagi proses menuntut jenazah mangsa kebakaran unit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustr­ian Puncak Jelapang Maju semalam ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Rabu.
 ??  ?? EXCO Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Prof Dr Abdul Aziz Bari (kanan) bersama waris mangsa ketika menunggu proses menuntut jenazah mangsa kebakaran unit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustr­ian Puncak Jelapang Maju pada Selasa ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Rabu.
EXCO Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Prof Dr Abdul Aziz Bari (kanan) bersama waris mangsa ketika menunggu proses menuntut jenazah mangsa kebakaran unit rumah kedai dua tingkat di kawasan perindustr­ian Puncak Jelapang Maju pada Selasa ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia