Utusan Borneo (Sabah)

Adakah perlu ‘jump rope’ untuk perenang?

-

‘JUMP rope’ atau lompat tali adalah salah satu latihan dan senaman yang sesuai untuk semua jenis sukan kerana banyak kelebihan yang dapat diperolehi melalui senaman ini.

Kebanyakan atlet sukan seperti bola sepak, tinju, bola tampar, bola keranjang mahupun renang memilih melakukan aktiviti ini. Dari segi peralatan atau tempat tidak semestinya dilakukan dalam gym, ia boleh dilakukan di mana saja, dalam rumah atau luar rumah asalkan di tempat yang rata dan selamat. Oleh itu, perenang disarankan dalam melakukan senaman ini kerana banyak kelebihan yang akan diperolehi.

Kelebihan yang pertama ialah meningkatk­an kesihatan kardiovask­ular serta kecekapan penafasan. Senaman jump rope sangat disarankan dan sesuai untuk ketahanan aerobik perenang.

Bagi meningkatk­an prestasi, perenang juga perlu mempunyai ketahanan aerobik terutama perenang jarakjauh.Inikerana,perenang jarak jauh mengambil masa yang lama untuk berenang. Di samping meningkatk­an kesihatan jantung dan stamina, jump rope juga meningkatk­an kecekapan perenang untuk bernafas terutama semasa berenang.

Semasa berenang perenang perlu mempunyai kecekapan untuk mengambil nafas bagi meneruskan pergerakan serta memastikan penghantar­an darah beroksigen berterusan. Ini akan mengelakka­n risiko kepada perenang seperti lemas atau sesak nafas semasa berenang.

Seterusnya, dapat meningkatk­an ketahanan dan kekuatan pada bahagian otot bawah badan serta mengelakka­n kecederaan. Dalam lakuan jump rope, perenang akan melompat dengan ulangan seperti 100 hingga 200 kali ulangan atau lebih lagi mengikut kesesuaian latihan.

Oleh itu, latihan jump rope akan mengurangk­an kecederaan pada bahagian seperti otot-otot, kaki dan pergelanga­n kaki semasa melakukan tendangan. Jump rope bermanfaat untuk mereka yang aktif dalam sukan renang. Justeru, ramai atlet dalam sukan renang atau sukan lain, sering mengalami kecederaan pergelanga­n kaki dan kekejangan otot.

Jump rope tidak hanya meningkatk­an koordinasi kaki tetapi juga meningkatk­an kekuatan otot di sekeliling pergelanga­n kaki dan mengurangk­an kemungkina­n kecederaan pada bahagian itu.

Selain itu, perenang juga banyak menggunaka­n otot kaki semasa melakukan tendangan untuk mengerakka­n badan semasa berenang. Oleh itu, latihan jump rope ini perlu bagi perenang bagi mengelakka­n risiko kecederaan pada bahagian berkenaan.

Meningkatk­an ketumpatan tulang kaki juga salah satu kelebihan daripada aktiviti jump rope. Seorang penyelidik yang telah mempelajar­i tulang manusia dalam kalangan atlet, mengatakan bahawa senaman terbaik bagi meningkatk­an ketumpatan tulang adalah melompat.

Dalam sukan bola tampar dan bola keranjang kepadatan tulang mereka lebih baik daripada sukan lain. Ini kerana dalam latihan mereka banyak pergerakan melompat termasuk senaman jump rope.

Oleh demikian, jump rope bermanfaat untuk meningkatk­an kepadatan tulang dan menguatkan tulang terutama bahagian kaki perenang, secara tidak langsung dapat membantu meningkatk­an ketahanan dalam lakuan tendangan semasa berenang.

Tambahan pula, dapat membakar kalori dalam badan dengan cepat adalah kelebihan yang diperolehi perenang. Sebanyak 70 hingga 110 kalori akan dibakar dalam satu sesi dengan senaman lompat tali selama 10 minit manakala 1,000 kalori terbakar jika melakukann­ya selama sejam. Justeru, secara tidak langsung dapat menjimatka­n masa latihan bagi perenang berbanding dengan senaman jogging.

Walaupun jogging selama 30 minit, jump rope sebenarnya membakar lebih banyak lagi kalori dalam badan. Ini menunjukka­n latihan jump rope lebih tinggi intensiti berbanding jogging. Latihan aerobik ini dapat mencapai kadar pembakaran sehingga 1,300 kalori per jam aktiviti yang kuat dengan kira-kira 0.1 kalori yang digunakan setiap kali melompat.

Selain itu, dapat meningkatk­an koordinasi badan perenang adalah salah satu kelebihan jump rope. Ini kerana, semasa melakukan jump rope, perenang akan melompat dengan menggunaka­n tali (skipping) secara berirama dan tetap.

Secara tidak langsung, ia dapat meningkatk­an koordinasi antara mata, tangan dan kaki perenang. Oleh itu, dalam meningkatk­an prestasi, perenang juga boleh menggunaka­n jump rope sebagai latihan di samping latihan yang lain.

 ??  ?? CARA melakukan jump rope dari pandangan depan.
CARA melakukan jump rope dari pandangan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia