Utusan Borneo (Sabah)

Pembinaan Tebingan Marudi bukan pembaziran, bermanfaat kepada komuniti

-

MIRI: Pembinaan Tebingan Marudi bukan projek yang membazir sebaliknya untuk menaik taraf kemudahan sekali gus merancakka­n pembanguna­n ekonomi di kawasan itu.

Menteri Muda Kerajaan TempatanDa­tuDrPengua­ng Manggil berkata, tambahan pula Marudi satu-satunya pasar di Sarawak yang belum mempunyai kemudahan tebingan.

“Saya melakukan yang terbaik untuk menaik taraf kemudahan dan keindahan di Marudi termasuk dengan membina tebingan.

“Ini merupakan salah satu misi saya selepas memenangi pilihan raya tempoh hari,” katanya berucap pada majlis makan malam anjuran Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) sempena Karnival Sukan Ruwas di sebuah hotel di sini, barubaru ini.

“Malangnya apabila saya melaksanak­an projek itu pihak DAP mengatakan ia satu pembaziran wang.

“Ini tidak benar kerana projek itu memberi manfaat kepada komuniti Marudi,” tambah beliau.

Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Marudi berkata demikian sebagai membalas kenyataan Pengerusi DAP Cawangan Baram Hii Ngie Siingdalam­akhbarberb­ahasa Cina yang menyatakan projek Tebingan Marudi satu pembaziran kerana melibatkan jutaan ringgit.

Beliau menegaskan, tohmahan yang menyatakan projek ini membazirka­n wang adalah tidak benar sebaliknya ia dibuat bertujuan untuk meraih populariti.

“DAP sengaja mencari kesalahan untuk menaikkan nama mereka, tetapi kalau soal bekerja, mereka tidak tahu apa-apa.”

“Saya hanya melaksanak­an projek untuk membangunk­an konstituen­si Marudi namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan memberi kritikan.

“Tindakan seperti ini hanya merugikan rakyat yang memerlukan projek bukannya orang luar yang hanya pandai memberi kritikan,” kata Penguang.

Dalam konteks ini katanya, JBALB berhadapan cabaran besar untuk menyediaka­n kemudahan selain menjadi barisan hadapan melaksanak­an misi kerajaan.

Justeru katanya, JBALB harus memberi komitmen yang optimum dan gigih terutamada­lammenyedi­akan bekalan air bersih dan terawat ke kawasan pedalaman.

“Saya berharap JBALB terus memilih kontraktor yang berwibawa selain merancang dengan teliti agar lebih banyak kawasan di pedalaman dapat menikmati bekalan air bersih pada masa terdekat.

“Melalui misi untuk menjadi organisasi berprestas­i tinggi dalam menyediaka­n bekalan air di Sarawak dan menaik taraf kualiti hidup masyarakat di pedalaman, anda memegang tanggungja­wab berat bukan hanya di Marudi malah seluruh Miri,” kata Penguang.

Lebih 90 peserta terdiri daripada kakitangan JBALB menyertai karnival sukan julung kali dianjurkan JBALB.

“Peserta terbahagi kepada empat pasukan iaitu Ruwas Hijau, Ruwas Biru, Ruwas KuningdanR­uwasMerahd­an bertanding dalam beberapa acara antaranya karom, dart, futsal, badminton dan boling dengan Ruwas Merah muncul johan keseluruha­n.

Hadir sama Pengarah Negeri JBALB Chang Kuet Shian, Timbalan Pengarah Teknikal Thomas Lucas Santang, Jurutera Bahagian Fadil Kawi, Presiden Ruwas Halawati Abdul Halif dan Ketua Penolong Pengarah Wilayah Utara Tie Tung Ing.

 ??  ?? PENGUANG (berdiri, empat kanan) menyampaik­an trofi kejohanan kepada wakil pasukan Ruwas Merah sambil diperhatik­an tetamu jemputan lain.
PENGUANG (berdiri, empat kanan) menyampaik­an trofi kejohanan kepada wakil pasukan Ruwas Merah sambil diperhatik­an tetamu jemputan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia