Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri bayar RM1.8 juta

Untuk 774 peserta Ladang PPRT Tongod

-

TONGOD: Kerajaan Negeri Sabah membayar dividen sebanyak RM1,855,200 kepada 774 peserta Ladang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Tongod.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah sebahagian daripada bayaran dividen untuk para peserta berkenaan yang telah tertangguh selama dua tahun.

“Sebaik sahaja saya diberi mandat untuk menjadi menteri KPLB Sabah, saya telah dikunjungi beberapa peserta Ladang PPRT Tongod yang menuntut atau bertanya mengenai dividen mereka.

“Sebab itu, kita telah mencari mekanisma untuk menyelesai­kan masalah berkenaan dan pada hari ini, secara simbolik menyampaik­an dividen lebih RM1.8 juta bagi bayaran dividen enam bulan kepada para peserta.

“Walaupun masih ada beberapa bulan lagi yang kita tidak sempat bayar pada hari ini, yakinlah bahawa KPLB Sabah selaku kementeria­n yang bertanggun­gjawab terhadap program pembasmian kemiskinan dan membela para peserta, kita akan terus mencari jalan terbaik supaya dividen ini dapat dibayar pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis simbolik Penyerahan Dividen Ladang PPRT Tongod di Dewan Terbuka Tongod, di sini pada Rabu.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rasinin Koutis dan Hj Dumi Pg Masdal, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) KuamutDatu­kMasiungBa­nah,Timbalan Setiusaha Tetap KPLB Sabah Fredian Gan dan Pegawai Daerah Tongod Rashid Abdul Harun.

Ewon berkata selain Ladang PPRT Tongod, Ladang PPRT Kalabakan menghadapi masalah yang sama.

Sehubungan­itu,beliauakan­berkunjung ke Ladang PPRT Kalabakan bagi menyampaik­an dividen yang sama kepada lebih 100 peserta di situ.

“Kedua-dua Ladang PPRT ini pembayaran dividennya tertangguh di bawah pentadbira­n lepas dan kita akan lunaskan pada pentadbira­n (baharu) ini,” katanya.

Katanya selepas menyelesai­kan isu pembayaran dividen tertangguh enam bulan itu, pihaknya akan mencari mekanisma terbaik menangani masalah itu sebab Tabung Amanah di bawah Kementeria­n Kewangan dan KPLB Sabah hanya menyelaras pemilihan peserta.

“Kalau program Mesej, Tabung Amanah diurus sendiri oleh KPLB Sabah dan mudah bagi kita mengurus pembayaran dividen,” katanya.

Ewon berkata antara cadangan KPLB Sabah yang sedang dipertimba­ngkan ialah mengambil alih tanggunjaw­ab Tabung Amanah PPRT bagi memudahkan urusan pembayaran dividen kepada para peserta.

“Dalam hal ini, pihak kita akan berbincang dengan Ketua Menteri selaku Menteri Kewangan mengenai bagaimana ia dapat dipermudah­kan demi kebaikan peserta,” katanya.

Terdahulu itu, beliau melawat Rumah PPRT Tongod untuk melihat sendiri permasalah­an di perkampung­an Ladang PPRT Tongod, seterusnya mendengar taklimat daripada wakil Sawit Kinabalu selaku agensi pelaksana ladang berkenaan.

“Kalau program Mesej, Tabung Amanah diurus sendiri oleh KPLB Sabah dan mudah bagi kita mengurus ” pembayaran dividen. DATUK EWON BENEDICK Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

 ??  ?? EWON menyampaik­an replika cek kepada wakil peserta Ladang PPRT Tongod.
EWON menyampaik­an replika cek kepada wakil peserta Ladang PPRT Tongod.
 ??  ?? EWON bersalaman dengan para peserta Ladang PPRT Tongod yang hadir.
EWON bersalaman dengan para peserta Ladang PPRT Tongod yang hadir.
 ??  ?? EWON ketika melawat perkampung­an peserta Ladang PPRT Tongod.
EWON ketika melawat perkampung­an peserta Ladang PPRT Tongod.
 ??  ?? EWON ketika ditemurama­h media.
EWON ketika ditemurama­h media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia