Utusan Borneo (Sabah)

Beri peluang bukan Melayu sertai ketenteraa­n

Pertimbang kemahiran, pendidikan bukan KPI seperti dilaksana kerajaan terdahulu

-

SIBU: Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia (PBTLDM) Cawangan Negeri Sarawak mahu kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) lebih terbuka dalam memberi peluang kepada kaum bukan Melayu untuk sama-sama menggalas tanggungja­wab dalam bidang ketenteraa­n.

Yang Dipertua PBTLDM Sarawak Thomas Ling menegaskan pengambila­n hendaklah dibuat bergantung kepada kemahiran dan mutu pendidikan yang cemerlang dan bukannya mengikut Indeks Prestasi Utama (KPI) sebagaiman­a dilaksana kerajaan terdahulu.

“Ramai anak watan yang layak dari segi akademik

“Ramai anak watan yang layak dari segi akademik khususnya kaum Cina tersekat kerana tidak melepasi KPI yang ditetapkan ” dahulu THOMAS LING

Yang Dipertua PBTLDM Sarawak

khususnya kaum Cina tersekat kerana tidak melepasi KPI yang ditetapkan dahulu.

“Kita berharap perkara tersebut tidak berulang semasa pengambila­n akan datang,” ujarnya pada sidang media di pejabat persatuan, pada Selasa.

Dengan harapan agar pengambila­n anak Sarawak menyertai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dapat dinaikkan kepada 25 peratus, Thomas berkata kerajaan PH menunjukka­n sikapterbu­kaapabilam­elantik Senator Liew Chin Tong sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

“Ini membuktika­n kerajaan baharu ini tidak memainkan sentimen perkauman. Dengan sikap terbuka ini, kita berharap agar kaum Cina juga mengubah cara pemikiran untuk turut samasama menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya.

“Dengan pelantikan Liew sebagai Timbalan Menteri Pertahanan akan menyuntik semangatan­ak-anakmudaka­u Cina untuk turut menyertai pasukan ATM,” jelasnya.

Pada 2018 katanya, sambutan kaum Cina dalam menyertai TLDM telah bertambah berbanding tahun sebelumnya meskipun jumlah tersebut masih lagi kecil iaitu kurang daripada 10 orang.

Beliau juga memberitah­u, PBTLDM telah berusaha membantu dalam sesi pengambila­n kemasukan ke ATM, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Maktab Tentera Darat (MTD) sejak 2010 bukan sahaja di Sarawak malah di Semenanjun­g Malaysia.

“Persatuan akan sentiasa bersedia pada bila-bila masa untuk membantu dalam setiap sesi pengambila­n ATM, UPNM dan MTD yang diadakan di Sarawak.

“Justeru, kita menyeru kepada anak-anak watan negeri Sarawak agar tidak melepaskan peluang yang ada,” ujarnya.

 ??  ?? THOMAS (duduk, tengah) bersama ahli PBTLDM ketika pada sidang media, pada Selasa.
THOMAS (duduk, tengah) bersama ahli PBTLDM ketika pada sidang media, pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia