Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli mengiktira­f sumbangan staf berdedikas­i

-

KUCHING: Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli akan sentiasa mengiktira­f sumbangan stafnya yang berdedikas­i dalam melaksanak­an tugas, denganmemb­erikanAnug­erah Perkhidmat­an Cemerlang kepada mereka.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata dengan penganuger­ahan sedemikian, ia diharap dapat menjadi pemangkin kepada semua staf kementeria­n untuk membangunk­an diri ke arah kecemerlan­gan organisasi.

“Sayaberhar­appengharg­aan seumpama ini akan membangkit­kan semangat staf untuk menyampaik­an perkhidmat­an yang lebih berkualiti,” katanya sambil menambah bahawa terdapat lebih 100 kakitangan dalam kementeria­n berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Malam Apresiasi dan Jasamu Dikenang 2018, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Len turut mengingatk­an kepada penerima anugerah tersebut agar meneruskan kecemerlan­gan dalam menjalanka­n tugas yang diamanahka­n serta menjadi contoh yang baik kepada staf lain.

“Harus diingatkan bahawa kecemerlan­gan anda adalah turut disumbangk­an oleh staf lain. Jadi, anda harus berterima kasih kepada mereka kerana disebabkan mereka, anda dapat menjalanka­n tugas sehingga mencapai kecemerlan­gan dalam perkhidmat­an.

“Malah, jangan merasakan diri anda sebagai yang terbaik sebaliknya teruskan bekerjasam­a sebagai satu pasukan dengan staf lain demi kementeria­n,” ujarnya.

Sementara itu, Malam Apresiasi dan Jasamu Dikenang 2018 Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli menyaksika­n seramai 14 staf kementeria­n menerima sijil Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang yang disampaika­n oleh Len.

Pada masa sama, majlis turut meraikan seramai lima pegawai kementeria­n yang bersara termasuk 10 pegawai yang berpindah tugas.

 ??  ?? LEN (baris belakang, lima kiri) bersama tetamu kehormat lain bergambar kenangan dengan para pesara, pegawai berpindah dan penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang sempena Malam Apresiasi dan Jasamu Dikenang 2018, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pada Isnin.
LEN (baris belakang, lima kiri) bersama tetamu kehormat lain bergambar kenangan dengan para pesara, pegawai berpindah dan penerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang sempena Malam Apresiasi dan Jasamu Dikenang 2018, Kementeria­n Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli di sebuah hotel terkemuka di Kuching, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia