Utusan Borneo (Sabah)

HUS memerlukan bekalan darah jenis A dan AB

-

KUCHING: Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) merayu kepada orang ramai khususnya para penderma yang telah cukup tempoh pendermaan untuk tampil menderma darah bagi membantu meningkatk­an bekalan darah jenis A dan AB yang kini berada di paras rendah.

Perkara ini disebabkan peningkata­n kes-kes yang memerlukan darah jenis A dan AB di HUS serta kekurangan bekalan darah tersebut di hospital-hospital luar Kuching.

Justeru,TabungDara­hHUS akan mengadakan Kempen Derma Darah di Majma Mall pada 12 Disember ini (hari ini) bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.

Pameran Derma Darah juga akan diadakan sempena kempenters­ebutbagime­mberi peluang kepada orang ramai mendekati dengan lebih dekat lagi mengenai pendermaan darah.

Selain itu, Kempen Derma Darah berkenaan akan diteruskan di Mydin Petra Jaya pada 15 Disember anjuran JOSIPA bermula 10 pagi hingga 3 petang dan di Klinik Kesihatan Samarahan bermula jam 9 pagi hingga 2 petang.

Manakala pada 16 Disember, Kempen Derma Darah akan diadakan di dua lokasi iaitu di Gereja St Ann (lama) bermula jam 9 pagi hingga 2 petang dan di Boulevard anjuran Persekutua­n Belia Cina (FOCY) bermula jam 9 pagi hingga 2.30 petang.

Jadual Kempen Derma Darah boleh dilayari di laman media sosial Facebook, Blood Bank Hospital Umum Sarawak dan Instagram, Blood Bank HUS.

Tabung Darah Hospital Umum Sarawak juga mengalu-alukan penyertaan agensi atau jabatan kerajaan termasuk pertubuhan bukan kerajaan untuk turut sama menganjurk­an Kempen Derma Darah bagi membantu meningkatk­an bekalan darah.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 082 276797 atau e-mel, protdhus@gmail. com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia