Utusan Borneo (Sabah)

SEDC dan anak syarikatny­a komited terus menyumbang kepada golongan memerlukan

-

KUCHING: Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) dan anak syarikatny­a komited untuk terusmemba­ntumenghul­urkan sumbangan kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan mangsa bencana alam.

Pengerusi SEDC Sarawak Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain berkata inisiatif berkenaan selari dengan visi dan misi SEDC untuk menjadi agensi kerajaan negeri yang melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan terus membantu masyarakat yang memerlukan.

“Sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, SEDC telah melaksanak­an pelbagai inisiatif dan program kemasyarak­atan bertujuan meringanka­n beban masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Kita mengambil serius dalam melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kerana ia sesuatu yang boleh dibanggaka­n dalam membantu golongan memerlukan.

“Antara inisiatif CSR yang telah kami laksanakan ialah Program Majlis Belaian Kasih, Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak daripada Kompleks PERYATIM Sarawak, Majlis Ramah Tamah Bersama Murid-Murid SekolahSek­olah Rendah Daerah Kuching, gotong-royong dan banyak lagi,” katanya berucap pada program SEDC Sarawak ‘Love-In-A-Box’ di sini semalam.

Mengenai SEDC Sarawak ‘Love-In-A-Box’, Abdul Aziz berkata aktiviti tahunan dilancarka­n pada 2000 itu bertujuan merai dan memberi sumbangan kepada 116 kanakkanak daripada Persatuan Kebajikan Kenak-Kanak Terencat Akal (PERKATA) dan 98 daripada Persatuan Autistik Kuching (KAA).

Menurutnya, program itu juga salah satu tanggungja­wab sosial korporat SEDC untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik selain memberi keceriaan kepada mereka menjelang sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu yang akan disambut tidak lama lagi.

“Inisitiaf seperti ini dapat memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik merasai pengalaman menyambut Hari Krismas tanpa rasa sedih dan tersisih,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz (belakang, enam kiri) bergambar bersama kanak-kanak PERKATA, KAA dan tetamu lain.
ABDUL Aziz (belakang, enam kiri) bergambar bersama kanak-kanak PERKATA, KAA dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia