Utusan Borneo (Sabah)

Raih dua anugerah berprestij di Kelab Billion Ringgit The Edge 2018

-

KUCHING: AirAsia telah meraihduaa­nugerahber­prestij di Kelab Billion Ringgit The Edge 2018 setelah mencatat pertumbuha­n keuntungan yang kukuh sejak tiga tahun yang lalu.

Anugerah yang diterima adalah Pertumbuha­n Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun bagi Syarikat Besar dengan Permodalan Pasaran RM10 Bilion hingga RM40 Bilion dan Pertumbuha­n Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Produk dan Perkhidmat­an Pengguna.

Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad, Dato’ Fam Lee Ee menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Bhd, Dato’ Ong Eng Bin dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge, Ho Kay Tat pada majlis gala yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun berkata, anugerah-anugerah yang diterima ini datang pada masa yang tepat kerana kami baharu sahaja menyambut ulang tahun ke-17.

“Penghargaa­n ini melambangk­an komitmen kami dalam membina perniagaan yang kukuh dan menguntung­kan serta memberikan nilai yang terbaik kepada para pemegang saham kami yang percaya kepada keunikan AirAsia sejak kami tersenarai di bursa awam pada tahun 2004,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Kata Kamarudin, pihaknya juga akan meneruskan kecemerlan­gan syarikat dalam usaha menjadi sebuah syarikat teknologi perjalanan yang mengembang­kan AirAsia lebih daripada syarikat penerbanga­n kepada syarikat yang menawarkan produk dan perkhidmat­an gaya hidup sepenuhnya melalui digital yang akan membolehka­n kami mencipta pengalaman mudah alih, lancar dan mengikut individu.

“Syarikat e-dagang kami seperti RedCargo dan Redbox telah menunjukka­n pendapatan yang positif dalam masa beberapa bulan sahaja dan kami percaya Redbeat Ventures akan turut menyumbang kepada sebahagian besar pendapatan kami dalam usaha membina perniagaan digital,” katanya

Kelab Billion Ringgit The Edge 2018 ditubuhkan pada tahun 2010 untuk mengiktira­f syarikat-syarikat berprestas­i tinggi di Malaysia yang tersenarai di bursa awam dengan modal melebihi RM1 bilion. Seramai 184 ahli kelab yang tersenarai pada tahun ini.

Dianjurkan oleh The Edge Media Group, sebanyak 42 syarikat yang meraih 59 anugerah yang meraikan syarikat korporat terbaik di Malaysia dan organisasi­organisasi yang paling bertanggun­gjawab.

Pada tahun 2017, AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Terbaik Malaysia di The Edge Billion Ringgit Club 2017 dan menerima dua anugerah lain; Pertumbuha­n Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun bagi Syarikat Besar dengan Permodalan Pasaran RM10 bilion hingga RM40 bilion dan Pertumbuha­n Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai Lebih Tiga Tahun untuk Perdaganga­n/Perkhidmat­an, Hotel, IPC dan Teknologi.

 ??  ?? AHLI Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad, Dato’ Fam Lee Ee menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Bhd, Dato’ Ong Eng Bin dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge, Ho Kay Tat pada majlis gala yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu.
AHLI Lembaga Pengarah Kumpulan AirAsia Berhad, Dato’ Fam Lee Ee menerima anugerah tersebut daripada Ketua Pegawai Eksekutif OCBC Bank Malaysia Bhd, Dato’ Ong Eng Bin dan Penerbit dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The Edge, Ho Kay Tat pada majlis gala yang diadakan di Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 11 Disember lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia