Utusan Borneo (Sabah)

‘Ibadat’ aplikasi mudah alih komprehens­if Digi bantu pengguna Islam tunai kewajipan

-

KUCHING: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) kini menawarkan ‘Ibadat’, sebuah aplikasi mudah alih komprehens­if yang dapat membantu pengguna beragama Islam menunaikan tanggungja­wab ibadah mereka dengan mudah melalui fungsi-fungsi seperti paparan waktu solat serta petunjuk arah kiblat yang tepat.

Menerusi kenyataan medianya semalam, apalikasi itu boleh dimuat turun oleh semua pengguna termasuk bukan pelanggan Digi.

Ibadat mempunyai fungsi-fungsi lain yang boleh dimanfaatk­an oleh pengguna Muslim secara percuma termasuk teks al-Quran yang lengkap dengan audio serta pengesan lokasi masjid yang berhampira­n.

Para pelanggan Digi juga mempunyai pilihan untuk melanggani pakej premium yang menawarkan lebih banyak informasi serta pelbagai kandungan yang relevan dengan aktiviti ibadah harian mereka.

Hanya dengan RM0.50 setiap minggu, atau RM1.50 setiap bulan, pelanggan Digi boleh mengakses fungsi yang lain seperti notifikasi azan, koleksi doa, kalendar Islam termasuk maklumat mengenai hari-hari cuti bagi warga Muslim, kalkulator zakat, pedoman harian, kalendar Ramadan yang lengkap dengan waktu iftar, dan banyak lagi.

Pada bulan Zulhijjah, pengguna juga boleh menyaksika­n secara langsung jemaah haji mengerjaka­n ibadah di Mekah dan Madinah menerusi aplikasi tersebut.

Mereka juga boleh memuat turun pelbagai koleksi kandungan Islamik seperti gambar latar dan animasi.

Ibadat kini boleh dimuat turun menerusi peranti Android di Play Store manakala versi iOS pulaakan ditawarkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi Ibadat dan perkhidmat­annya, sila kunjungi digi.my/ibadat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia