Utusan Borneo (Sabah)

CIDB terbit daftar terkini bahan binaan tempatan diperakuka­n

-

KUALALUMPU­R:Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah menerbitka­n edisi terkini Daftar Bahan Binaan Tempatan Diperakuka­n 2017 bagi membantu kalangan industri mendapatka­n bahan berkaitan.

Menurut kenyataan CIDB, daftar setebal 359 muka surat itu menyenarai­kan pengeluar bahan berkenaan yang memperoleh Perakuan Pematuhan Standard (PPS) daripada CIDB mulai 2016.

Daftar itu mengandung­i 120 produk daripada 13 kategori bahan binaan yang tersenarai dalam Jadual Keempat Akta 520 dan boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi CIDB http://www.cidb.gov. my/images/content/pdf/ material/Daftar-BB-2018. pdf dan membuat semakan bahan serta pengeluar yang diperakuka­n CIDB menerusi www.ccpm.cidb.gov.my .

Akta Lembaga Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) menetapkan individu yang didapati bersalah berurusan dengan bahan binaan disenaraik­an di dalam Jadual Keempat tanpa PPS daripada CIDB, boleh didenda tidak kurang daripada RM10,000 tetapi tidak melebihi RM500, 000.

Sementara itu dalam perkembang­an lain, Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang juga pusat penilaian dan latihan CIDB melakar sejarah apabila menerima enam pengiktira­fan dalam pertanding­an kemahiran WorldSkill­s Asia (WSA) 2018 di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC) pada 26 hingga 30 Nov lepas.

Ini termasuk pingat emas yang disumbangk­an oleh Mohamad Amirol Amin Mohamad Zamri dari ABM Wilayah Selatan selepas menewaskan 10 peserta negara Asia lain seperti Indonesia, Chinese Taipei, India, Belarus dan Emiriah Arab Bersatu.

Ahmad Naim Mohamad Rosli dari ABM Wilayah Sarawak pula meraih pingat perak dalam bidang lukisan dan hiasan manakala empat peserta lain dari ABM masing-masing dalam bidang penyejukan dan penyaman udara, kimpalan, lukisan dan hiasan serta pendawaian elektrik diumum penerima pingat kecemerlan­gan atau Medallion for Excellence.— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia