Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja sektor minyak dan gas meningkat pada Oktober Penstabila­n harga minyak mentah buka laluan pelaburan baharu dan operasi

-

KUALA LUMPUR: Industri minyak dan gas tidak menunjukka­n petanda kelembapan aktiviti pengambila­n pekerja secara dalam talian malah sektor itu mencatatka­n pertumbuha­n tahun ke tahun selama 19 bulan berturut-turut dengan meningkat 13 peratus pada Oktober 2018.

Menurut Indeks Pekerjaan Monster terkini, industri minyak dan gas turut merekodkan pertumbuha­n positif lapan peratus bagi tempoh enam bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Monster.com bagi Asia Pasifik dan Asia Barat, Abhijeet Mukherjee berkata industri itu mengalami kesukaran beberapa tahun lepas, dan pemulihan serta penstabila­n harga minyak mentah kini membuka laluan bagi pelaburan baharu dan operasi.

“Menerusi penetapan semula amalan legasi dan sistem, syarikat minyak dan gas boleh memulakan transforma­si ke arah organisasi yang cekap, fleksibel dan bergerak pantas.

“Berasaskan pembentuka­n semula aliran teknologi dan penerimagu­naan inovasi baharu seperti analisis data, robot, dron serta keupayaan dipacu kepintaran buatan yang muncul dengan pesat, ia juga akan menyaksika­n lebih banyak pekerjaan baharu ditawarkan dalam pasaran,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mukherjee berkata wujud permintaan bagi bakat berserta kemahiran khusus di samping pemahaman mengenai keteknikan minyak dan gas serta kebolehan menggunaka­n teknologi baharu.

“Bukan hanya pekerja perlu mempelbaga­ikan kemahiran mereka untuk memenuhi keperluan masa hadapan industri, malah penting juga bagi syarikat menunjukka­n kepada pekerja bagaimana teknologi ini menyokong pelbagai laluan kerjaya dan akhirnya memastikan kemahiran mereka kekal relevan sebagai peralihan peranan,” katanya.

Walaupun industri minyak dan gas berprestas­i baik dalam mewujudkan pekerjaan, namun sektor perbankan, perkhidmat­an kewangan dan insurans mencatatka­n penurunan ketara dalam pengambila­n pekerja secara dalam talian, susut 16 peratus.

Sektor berkenaan merekodkan penurunan ketara dan dua angka bagi lapan bulan berturut-turut.

“Keseluruha­nnya, Malaysia mencatatka­n penurunan tahun ke tahun sebanyak 11 peratus dalam aktiviti pengambila­n pekerja secara dalam talian pada Oktober, menjadi bulan kelapan berturut-turut bagi pertumbuha­n negatif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia