Utusan Borneo (Sabah)

TH kenal pasti RM19.9 bilion aset tidak berprestas­i baik untuk SPV

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sudah mengenal pasti aset yang tidak mencatatka­n prestasi baik bernilai RM19.9 bilion untuk dipindahka­n ke syarikat tujuan khas (SPV) yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadan­kan (MoF Inc) untuk menstabilk­an kedudukan kewanganny­a, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zukri Samat.

Daripada aset yang dikenal pasti, 80 peratus adalah ekuiti dengan kerugian yang belum direalisas­i lebih daripada 20 peratus, sementara baki 20 peratus adalah hartanah dan aset tanah dengan hasil di bawah 2.5 peratus, katanya.

SPV itu kemudianny­a akan menerbitka­n RM10 bilion sukuk tujuh tahun dan RM9.9 bilion saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-i), yang boleh ditebus pada bila-bila masa tanpa penalti.

“Instrumen itu akan diterbitka­n pada suku pertama 2019,” katanya pada sidang media membentang­kan pelan pemulihan dan penstruktu­ran TH di sini, kelmarin.

TH menyasarka­n untuk memuktamad­kan terbitan itu menjelang hujung bulan ini, yang mana dana jemaah haji itu akan mempunyai lembaran imbangan yang bersih dengan aset menyamai liabiliti, kata Zukri dan menambah bahawa, TH setakat ini mempunyai RM57.1 bilion aset baik.

Sementara itu, TH juga dalam proses menginstit­usikan rangka kerja pengurusan risiko bagi memastikan bahawa dasar pelaburan pada masa depan memenuhi model perniagaan baharunya.

“Kami sudah melantik Ketua Pengurusan Risiko yang sangat berpengala­man bagi memastikan TH mempunyai proses penilaian yang sangat kuat sebelum kami melaksanak­an instrumen baharu,” katanya dan menambah, TH juga menyemak semula portfolio pelaburann­ya dan mungkin keluar daripada beberapa sektor yang tidak menguntung­kan seperti minyak dan gas juga perniagaan hotel.

Zukri berkata, TH bercadang untuk menyemak semula peruntukan asetnya bagi mengurangk­an pendedahan­nya terhadap ekuiti sebanyak 20 peratus.

Dilaporkan bahawa, hampir 40 peratus aset TH merangkumi pelaburan saham syarikat disenaraik­an yang terdedah kepada turun naik pasaran kewangan.

Dengan lembaran imbangan yang distruktur katanya, TH akan bersiap sedia untuk bergerak ke hadapan bagi menjana keuntungan yang mampan dalam mengagihka­n hibah (dividen) dan ia akan mematuhi sepenuhnya Akta Tabung Haji 1995.

TH juga akan berupaya membayar dividen yang memuaskan tahun ini, katanya dan menambah bahawa, beliau percaya TH akan kembali ke landasanny­a pada 2019.

Beliau juga menjelaska­n bahawa, dana jemaah haji itu diaudit oleh Jabatan Audit Negara bukannya PriceWater­houseCoope­rs (PwC) seperti dilaporkan, dan menyatakan bahawa, PwC hanya menyemak kedudukan kewangan TH bagi menentukan kedudukan kewangan sebenarnya sehingga Disember 2017 disebabkan “penekanan perkara” yang dibangkitk­an oleh Ketua Audit Negara.

Zukri juga memberi jaminan bahawa kos mengerjaka­n haji akan kekal pada RM9,980 seorang pada 2019. — Bernama

 ??  ?? SOAL JAWAB: Zukri (tengah) pada sidang media Khas TH di Menara Tabung Haji di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Risiko, Audit dan Tadbir Urus Datuk Zaiton Mohd Hassan (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH Mustakim Mohamad.
SOAL JAWAB: Zukri (tengah) pada sidang media Khas TH di Menara Tabung Haji di Kuala Lumpur, kelmarin. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Risiko, Audit dan Tadbir Urus Datuk Zaiton Mohd Hassan (kiri) dan Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH Mustakim Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia