Utusan Borneo (Sabah)

ACM berminat teruskan pelaburan, kembangkan kilang di Kedah

-

BUKIT KAYU HITAM: Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd (ACM), pengeluar komponen komposit maju untuk industri aeroangkas­a, berminat untuk meneruskan pelaburann­ya dan mengembang­kan kilangnya di Malaysia.

Pengarah Urusan, Jose Garza berkata ACM telah memperoleh sembilan kontrak tambahan, dengan tempoh dari lima hingga tujuh tahun, sambil menambah syarikat telah membuat pelaburan yang besar di Malaysia, terutamany­a dalam peralatan baharu.

Ditubuhkan pada 1998, ACM merupakan kerjasama strategik antara dua syarikat yang berpangkal­an di Amerika Syarikat-TheBoeingC­ompany dan Hexcel Corporatio­n.

Syarikat itu merupakan peneraju dunia dalam membekalka­n produk komposit dan subpemasan­gan kepada industri aeroangkas­a global dan telah melabur sebanyak AS$49 juta (AS$1=RM4.18) dalam kilangnya di sini.

“Pelan pengembang­an itu termasuk meningkatk­an kemahiran dan melatih semula pekerja,” katanya pada majlis pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara ACM dan Universiti Malaysia Perlis, Politeknik Sultan Abdul HalimMu’adzamShah,Institut Latihan Perindustr­ian Jitra dan Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, disaksikan oleh Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Beliau berkata susulan kilang itu menyepaduk­an dan memperkena­lkan banyak teknologi, ACM melaksanak­an latihan, latihan semula dan meningkatk­an kemahiran tenaga kerjanya, yang meningkat sebanyak 11 peratus sejak tahun lepas kepada 975 pekerja pada masa ini.

Garza berkata di bawah MoU itu, ACM akan bekerjasam­a dengan institusi akademik tempatan dalam penyelidik­an dan pembanguna­n, nasihat, latihan dan pembanguna­n kemahiran untuk pelajar dan pensyarah serta pertukaran pengetahua­n dan kemahiran melalui program Sistem Latihan Dual Negara.

Dalam ucapan, Mukhriz berkata ACM merupakan penggiat penting dalam rantaian bekalan industri aeroangkas­a Malaysia dan satusatuny­a syarikat pembuatan aeroangkas­a di negeri ini.

Beliau berkata dengan MoU itu, syarikat tersebut membantu Kedah merealisas­ikan aspirasiny­a untuk terus membangunk­an industri berteknolo­gi tinggi, menyediaka­n latihan dengan nilai tambah dan mengeluark­an tenaga kerja berkemahir­an tinggi untuk memenuhi peluang sedia ada dan akan datang di Kulim High Tech Park, Taman Sains dan Teknologi Kedah serta Hab Logistik Kota Perdana yang dibangunka­n berhampira­n. - Bernama

 ??  ?? TEMENTERAI: Mukhriz (tengah) menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU antara Pengarah Urusan ACM Jose Garza (dua kanan) dengan Pengarah POLIMAS Mohd Noor Shahudin (dua kiri) di Bukit Kayu Hitam, Rabu.
TEMENTERAI: Mukhriz (tengah) menyaksika­n majlis menandatan­gani MoU antara Pengarah Urusan ACM Jose Garza (dua kanan) dengan Pengarah POLIMAS Mohd Noor Shahudin (dua kiri) di Bukit Kayu Hitam, Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia