Utusan Borneo (Sabah)

‘Bloody Revenge’ dapat sokongan padu pengarah, artis Malaysia

-

FILEM pendek ‘Bloody Revenge’ yang bergenre aksi karya pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan ditayangka­n pada 13, 14 dan 15 Disember ini di Dewan Resital UMS, dengan harga tiket RM3 sahaja.

Filem pendek ini telah mendapat sokongan padu daripada artis Malaysia seperti Raja Ilya dan Johan Arrif.

Selain itu filem Bloody Revenge mendapat sokongan padu daripada Raja Mukhriz Raja Ahmed Kamaruddin apabila beliau memuat naik video trailer rasmi Bloody Revenge dan video sokongan padu daripada beliau, serta pelakon Raja Ilya dan Johan Ariff di laman Facebook mereka pada 4 Disember 2018.

Raja Mikhriz berkata, “Beri sokongan kepada pelajar-pelajar ini kerana mereka yang akan mewarisi pawagam Malaysia.”

Ganesan A/L Nadaraja sebagai pengurus produksi Nakama Production untuk filem ’Bloody Revenge berkata sepanjang menjadi pengurus produksi, beliau telah mendapat banyak pengalaman sama ada yang baik ataupun sebaliknya.

Beliau juga menyatakan pengalaman baik yang dia akan gunakan untuk melangkah ke alam pekerjaan pada masa kelak manakala pengalaman yang kurang baik akan cuba diperbaiki.

“Selain itu, krew produksi banyak memberi sokongan kepada saya untuk menjadi pengurus produksi yang proaktif. Saya mengucapka­n ribuan terima kasih kepada semua krew produksi saya, pensyarah dan tutor kerana mereka telah memberi banyak tunjuk ajar kepada saya sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung.

“Oleh itu, jangan terlepas peluang untuk menyaksika­n filem pendek Bloody Revenge yang menyentuh kehidupan masyarakat masa kini dengan jalan cerita yang menarik pada 13, 14, dan 15 Disember 2018, bertempat di Dewan Resital UMS,” katanya. Judul: Unstoppabl­e

Bahasa: Korea

Sarikata: Inggeris / Melayu / Cina

Klasifikas­i: 18

Tarikh Tayangan: 13 Disember 2018

Genre: Aksi / Jenayah

Durasi: 1 Jam 56 Minit

Pengedar: MM2 Entertainm­ent Sdn Bhd Pelakon: Ma Dong-Seok, Song Ji-Hyo, Kim Sung-Oh, Kim Min-Jae, Park Ji-Hwan, Bae Noo-Ri

Pengarah: Kim Min-Ho

Format: 2D

Sipnosis ~ Bekas gengster kejam, Dong-chul kini sudah berubah dan gembira dengan perkahwina­nnya dengan Ji-soo. Masa lampaunya kembali menghantui­nya apabila satu hari dia pulang dan mendapati isterinya hilang. Dia mengetahui isterinya diculik apabila dia menerima panggilan telefon yang mengatakan pemanggil itu sanggup membayarny­a untuk melepaskan isterinya. Dong-chul bersumpah akan melakukan apa sahaja untuk menyelamat­kan Ji-soo.

 ??  ?? RAJA MUKHRIZ
RAJA MUKHRIZ
 ??  ?? GANESAN
GANESAN
 ??  ?? RAJA ILYA
RAJA ILYA
 ??  ?? JOHAN ARRIF
JOHAN ARRIF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia