Utusan Borneo (Sabah)

Pemutihan tidak dilakukan kerap

Elakkan PTI ambil mudah undang-undang negara

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) tidak akan mengadakan program pemutihan pekerja tanpa izin (PTI) secara kerap bagi mengelakka­n golongan itu mengambil mudah undangunda­ng negara termasuk sengaja tinggal selepas pas tamat tempoh.

Timbalan Menterinya Datuk Mohd Azis Jamman berkata perkara berkenaan boleh menjadi budaya buruk di negara ini.

Atas sebab itu Jabatan Imigresen Malaysia bertindak tegas menerusi operasinya sebagai isyarat jelas kepada PTI bahawa KDN tidak akan berkomprom­i terhadap mereka, katanya di Dewan Negara pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Chai Kim Sen yang ingin tahu jika kementeria­n akan melaksanak­an hukuman sebat ke atas majikan yang menggaji PTI seperti dalam Seksyen 55B (3) Akta Imigresen 1959/63.

Mengulas lanjut, Mohd Azis berkata operasi berhubung PTI akan diteruskan sehingga masalah tersebut selesai.

Sementara itu, beliau berkata KDN sedang bekerjasam­a dengan Kementeria­n Sumber Manusia bagi memperinci dan memperhalu­si dasar pengambila­n pekerja asing.

“Insya-Allah tidak lama lagi akan kita umumkan tentang polisi baharu ini termasuk bayaranbay­aran levi, syaratsyar­at baharu khususnya bagi syarikat yang ingin mengambil pekerja asing,” katanya.

Terdahulu, menjawab soalan asal Chai, Mohd Azis berkata Jabatan Imigresen Malaysia telah menjalanka­n 40,306 operasi ke atas majikan yang menggaji PTI bagi tempoh 2016 hingga 31 Okt lalu yang menyaksika­n 3,973 majikan ditangkap atas pelbagai kesalahan imigresen.

Selain itu, seramai 72 majikan telah didakwa menurut Seksyen 55B(3) Akta Imigresen 1959/63 bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Okt lalu, katanya.- Bernama

“Perkara berkenaan boleh menjadi budaya buruk di negara ini. Stas sebab itu, Jabatan Imigresen Malaysia bertindak tegas menerusi operasinya sebagai isyarat jelas kepada PTI bahawa KDN tidak akan berkomprom­i ” terhadap mereka.

 ??  ??
 ??  ?? DATUK MOHD AZIS JAMMAN Timbalan Menteri Dalam Negeri
DATUK MOHD AZIS JAMMAN Timbalan Menteri Dalam Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia