Utusan Borneo (Sabah)

Tiada hasrat laksana perintah berkurung remaja buat masa ini: Hannah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menetapkan larangan keluar malam atau perintah berkurung bagi kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun buat masa ini, persidanga­n Dewan Negara diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh (gambar) berkata ini kerana masih terdapat aktiviti berfaedah yang dilaksanak­an melibatkan remaja bawah umur pada waktu malam.

“Antaranya kelas tuisyen, aktiviti kemahiran serta penganjura­n solat hajat dan qiamullail.

“Namun, menjadi tanggungja­wab ibu bapa dan pemimpin tempatan untuk memainkan peranan memastikan remaja bawah umur ini tidak terlibat dengan aktiviti tidak sihat pada setiap masa,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Asmak Husin yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang mengadakan perintah berkurung bagi remaja untuk mengurangk­an kadar jenayah melibatkan mereka.

Yeoh berkata langkah pertama ke arah menangani isu ini ialah ibu bapa perlu mengakui wujudnya masalah dalam mengawasi dan mengawal anak-anak remaja mereka.

“Dalam kes-kes tertentu, ibu bapa atau penjaga boleh juga membuat permohonan bertulis kepada mahkamah untuk intervensi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah Seksyen 46 Akta KanakKanak 2001.

“Peranan dan tanggungja­wab ini juga boleh dilaksanak­an melalui penguatkua­saan oleh pihak berkuasa tempatan, pihak polis atau komuniti dalam memastikan aktiviti tidak sihat ini tidak dilakukan secara berleluasa oleh para remaja,” katanya.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia