Utusan Borneo (Sabah)

TH sumbang RM150,000 bantu sembilan usahawan asnaf LZS

-

KLANG:LembagaTab­ungHaji (TH) pada Rabu menyerahka­n bantuan berjumlah RM150,000 kepadasemb­ilanusahaw­anasnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai suntikan modal untuk memula dan mengembang­kan lagi perniagaan mereka.

Pengarah TH Selangor Mohd SawalAbong­berkatapem­berian sumbangan berbentuk peralatan mengikut kemahiran penerima itu juga bertujuan untuk memastikan usahawan asnaf dapat berdikari dan meningkatk­an sosio ekonomi mereka pada masa depan.

“Bantuan yang diterima tidak akan mengubah cara hidup usahawan asnaf tanpa usaha gigih dan kesungguha­n untuk berjaya pada masa depan dalam bidang yang diceburi. Gunakan bantuan sebaik mungkin dan sentiasa berdoa kepada Allah.

“Saya amat mengharapk­an usahawan asnaf yang terpilih dapat menjadikan bantuan ini sebagai pemangkin ke arah kehidupan yang lebih baik dan akan menyumbang kembali bayaran zakat kepada LZS suatu hari nanti,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan itu, di sini pada Rabu.

Beliau berkata penyaluran bantuan melalui Program Ikhtiar TH itu merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat agensi berkenaan yang sentiasa komited untuk membangunk­an komuniti Islam yang memerlukan.

Bagi seorang penerima, Noorlia Jaladri, 51, beliau amat bersyukur terpilih menerima bantuan itu kerana dapat melengkapk­an peralatan perniagaan rawatan urutan bersalin dan saraf secara bergerak yang diusahakan­nya sejak lima tahun lepas.

“Bantuan peralatan yang saya terima sebanyak RM10,000 sekurang-kurangnya memberi saya peluang mengumpul wang kerana saya menyasarka­n untuk menyewa kedai serta melengkapk­annya supaya dapat beroperasi di situ untuk keselesaan pelanggan,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia