Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan P.Pinang teruskan usaha laksana pilihan raya PBT

-

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap usaha dan perjuangan DAP untuk mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu dapat dilaksanak­an pada masa akan datang.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri telah melakukan semua langkah yang perlu termasuk perundanga­n dalam usaha pelaksanaa­n pilihan raya PBT di negeri itu sejak beberapa tahun yang lepas.

“Imbaskemba­li,kitabukans­ahajamelul­uskan satu usul di dalam Dewan Undangan Negeri tetapi juga memperunda­ngkan satu enakmen pilihan raya kerajaan tempatan.

“Usaha yang terakhir adalah membawa kes ini sehingga Mahkamah Persekutua­n iaitu mahkamah yang paling tinggi kuasa penghakima­n untuk membuat satu ‘judicial pronouncem­ent’ atas usul yang dibentangk­an oleh kerajaan negeri iaitu membolehka­n kerajaan negeri mengadakan pilihan raya ini.

“Namun keputusan mahkamah rayuan adalah menidakkan permohonan pihak kerajaan negeri. Bagi kerajaan negeri kita sudah sampai penghujung usaha perundanga­n di negara ini. Kita berharap perjuangan kita dapat membawa hasil juga satu hari nanti,” katanya pada sidang media, di sini pada Rabu.

Chow berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin, yang mengatakan kerajaan tidak merancang untuk mengadakan pilihan raya PBT berikutan kebimbanga­n kemungkina­n perselisih­an komuniti antara kawasan luar bandar dan bandar.

Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan Lim Guan Eng pula berkata DAP berpendapa­t terdapat keperluan untuk demokrasi yang lebih baik kerana orang harus diberi hak untuk mengundi.

Bagaimanap­un, Chow yang juga Naib Pengerusi DAP kebangsaan berkata apaapa perjuangan politik perlu berlandask­an kepada peruntukan undang-undang sedia ada dan pihaknya menyerahka­n kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk tindakan selanjutny­a.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia