Utusan Borneo (Sabah)

Kemahiran pemikiran teras dapat bantu siswazah di tempat kerja: Anwar

-

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pembanguna­n kemahiran pemikiran teras, kemahiran insani dan kecekalan akan dapat membantu siswazah menyesuaik­an diri dalam persekitar­an di tempat kerja dan ekonomi yang sentiasa berubah.

Sehubungan itu katanya, sekolah dan universiti harus meningkatk­an kerjasama yang erat dengan industri bagi mengelakka­n sistem pendidikan negara menjadi lapuk.

“Juga tidak dapat dinafikan perlunya diberi tumpuan terhadap bidang-bidang ini – teknologi digital, bioteknolo­gi dan persekitar­an iaitu perkara-perkara yang akan mengubah cara kita bekerja dan menjalani kehidupan. Saya percaya lebih banyak mekanisme sokongan harus diwujudkan bagi mereka yang mahu melanjutka­n pengajian dalam bidangbida­ng ini.

“Di samping itu, mereka yang berisiko tinggi untuk ketinggala­n juga perlu dikenal pasti agar dapat disediakan mekanisme untuk latihan semula,” katanya dalam kenyataan selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 3,000 pelajar Universiti Putra Malaysia baru-baru ini.

Anwar yang juga Anggota Parlimen Port Dickson berkata sesetengah pelajar menyuaraka­n kebimbanga­n tentang keadaan negara berhubung kerajaan yang stabil dan peralihan kepimpinan.

Selain itu katanya mereka juga bimbang tentang keadaan hubungan antara kaum serta antara agama sekarang dan impaknya terhadap masa depan negara.

Anwar berkata selepas tujuh bulan di bawah pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, amat jelas golongan muda hari ini menghargai kebebasan demokratik sekalipun ada yang tidak pasti sejauh mana mereka boleh meluahkan pandangan mereka.

“Sekalipun masih awal untuk lihat perubahan, universiti kita sekarang semakin meriah dengan perbahasan dan perbincang­an yang melibatkan pemimpin kerajaan dan pembangkan­g kerana kini ada ruang untuk pandangan kritikal, meluahkan kebimbanga­n malah mengadakan perhimpuna­n tanpa rasa bimbang dihalang pihak berkuasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia