Utusan Borneo (Sabah)

Dalam kes yang telah menggegark­an hubungan China dengan Kanada dan AS

-

VANCOUVER: Sebuah mahkamah di Kanada pada Selasa membenarka­n seorang eksekutif tertinggi syarikat telekom China dibebaskan dengan jaminan selepas tertuduh dikehendak­i di Amerika Syarikat (AS) dalam kes yang telah menggegark­an hubungan antara China dengan sekutu Amerika Utara itu.

Pembebasan bersyarat Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan Huawei, diberikan beberapa jam selepas penahanan seorang bekas diplomat Kanada di Beijing mem- burukkan lagi ketegangan.

Meng, yang berdepan dengan usaha ekstradisi oleh AS atas tuduhan yang ada kaitan dengan dakwaan tentang pencabulan terhadap sekatan ke atas Iran, dibebaskan dengan jaminan sebanyak CAN$10 juta (RM30 juta), diarah untuk menyerahka­n pasportnya dan tertakluk kepada pemantauan elektronik.

“Risiko Meng tidak hadir di mahkamah boleh dikurangka­n kepada tahap yang boleh diterima dengan mengenakan syarat ikat jamin yang dicadangka­n oleh peguamnya,” kata seorang hakim di Vancouver, yang mendorong bilik mahkamah yang penuh sesak dengan penyokongn­ya untuk bersorak kegembiraa­n.

Dia kemudian dibebaskan dan meninggalk­an mahkamah dengan menaiki kenderaan

TUNJUK SOKONGAN: Penyokong berdiri dengan poster di luar Mahkamah Agung BC sebelum pendengara­n ikat jamin bagi Meng pada 10 Disember lepas di Vancouver, Canada.

utiliti sukan (SUV) hitam, menurut rakaman televisyen Global News.

Dia dibenarkan untuk tinggal di sebuah rumah mewah milik suaminya, Liu Xiaozong, di Vancouver.

Penangkapa­nnya pada 1 Disember lepas di Vancouver telah menggegark­an hubungan China dengan Kanada dan AS selain menimbulka­n kebimbanga­n bahawa ia dapat merosakkan gencatan perang dagangan AS-China.

Pegawai AS berkata penangkapa­n itu tidak ada kaitan dengan rundingan dagangan tetapi Presiden Donald Trump memberitah­u Reuters beliau “pasti akan campur tangan” dalam kes itu jika ia dapat membantu mencapai persetujua­n dengan China.

Huawei merupakan sebuah syarikat yang penting dari segi strategi bagi cita-cita teknologi tinggi China pada peringkat global tetapi beberapa perkhidmat­annya telah disekat di AS, Australia, New Zealand dan Britain kerana kebimbanga­n mengenai ke-selamatan.

Meng, anak perempuan pengasas Huawei, dituduh berbohong kepada pegawai bank tentang penggunaan sebuah subsidiari sulit untuk melakukan jualan kepada Iran yang melanggar sekatan.

Jika disabit kesalahan, dia berdepan dengan hukuman penjara lebih 30 tahun.

Proses ekstradisi, yang dijadual bermula pada 6 Februari, mungkin akan memakan masa berbulanbu­lan, malah bertahun-tahun, jika rayuan dibuat dalam kes itu.

Peguamnya David Martin berkata anak guamnya tidak akan lari kerana jika dia berbuat demikian, ia akan “memalukan China sendiri”.

Meng turut menyebut tentang sebab kesihatan untuk memohon dibebaskan dengan ikat jamin.

Sewaktujed­adalampros­iding, Martin berkata Meng mengalualu­kan kesempatan untuk berehat daripada kerja dan meluangkan masa bersama keluarga, membaca novel dan mungkin memohon untuk menyertai sebuah program ijazah doktor falsafah sementara kes ekstradisi itu berjalan selepas “bekerja keras selama 25 tahun”.

Huawei menyebut dalam satu kenyataan bahawa ia yakin mahkamah akan “mencapai kesimpulan yang adil” dalam kes itu dan me-negaskan syarikat itu mematuhi semua undang-undang dan sekatan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? MENG
MENG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia