Utusan Borneo (Sabah)

Puak pemisah Papua tolak tuntutan Indonesia untuk serah diri

-

JAKARTA: Puak pemisah Papua yang membunuh sekurang-kurangnya 16 pekerja pembinaan di sebuah kem hutan terpencil menolak tuntutan Indonesia untuk menyerah diri pada Rabu, manakala dakwaan timbul bahawa tentera membunuh orang awam selepas pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.

Pembunuhan di kem kerja itu pada minggu lepas merupakan keganasan yang ketara dalam pertelingk­ahan selama berdekad-dekad yang umum-nya berlaku dari semasa ke semasa antara gerila yang tidak teratur dan tidak memiliki senjata dengan tentera Indonesia yang sekian lama dituduh melakukan pencabulan hak asasi manusia ke atas orang awam.

Puak pemisah terbabit berkata mereka akan meneruskan pemberonta­kan dan berjuang untuk memerdekak­an Papua, yang berkongsi sempadan dengan negara pulau Papua New Guinea, ke utara Australia.

“Indonesia datang ke Papua sebagai pencuri – adakah anda fikir bahawa ia adalah betul bagi pemilik rumah untuk menyerahka­n diri kepada pencuri?” kata jurucakap pemberonta­k Sebby Sambom kepada AFP semalam.

Bekas jajahan Belanda itu mengisytih­arkan kemerdekaa­n pada 1961 tetapi negara jiran Indonesia menguasai wilayahitu­duatahunke­mudian dengan syarat ia mengadakan referendum kemerdekaa­n.

Jakarta merampas Papua yang kaya dengan sumber galian pada 1969 dengan undi yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi dilihat ramai sebagai satu sandiwara.

Pemberonta­k terbabit enggan menyerah diri selepas menteri keselamata­n utama Indonesia, Wiranto, menolak sebarang perbincang­an dengan Tentera Pembebasan Negara Papua Barat (TPNPB).

Kumpulan itu merupakan sayap bersenjata bagi pergerakan kemerdekaa­n yang mengaku bertanggun­gjawab bagi pembunuhan beramairam­ai di kem hutan berkenaan.

“Saya tidak mengadakan rundingan dengan penjenayah,” kata Wiranto, yang seperti kebanyakan warga Indonesia menggunaka­n satu nama, kepada pemberita pada Selasa di Jakarta.

“Apa sahaja yang mereka sebut adalah satu pembohonga­n. Mereka telah melakukan jenayah yang tidak berperikem­anusiaan.”

Mangsa, iaitu pekerja syarikat kontraktor yang dimiliki kerajaan, sedang membina jambatan dan jalan dalam satu projek infrastruk­tur besar bagi wilayah paling mundur di Indonesia itu.

Puak pemisah mendakwa projek itu dikawal oleh tentera dan pekerja terbabit adalah sasaran yang sah.

Indonesia berkata kebanyakan tangan 16 mangsa diikat bersama dan ada yang mengalami luka tembakan atau pisau selain kecederaan akibat benda tumpul. Seorang pekerja hampir dipenggal kepala.

Sekurang-kurangnya empat lagi pekerja masih hilang, manakala seorang askar turut dibunuh oleh pemberonta­k, kata pihak berkuasa.

Sementara itu, seorang warga tempatan Papua mendakwa pasukan keselamata­n membunuh sekurangku­rangnya empat orang awam ketika ia memburu pemberonta­k.

Laporan itu tidak dapat disahkan secara bebas. Indonesia menafikan dakwaan itu.

Human Rights Watch (HRW) menyeru agar siasatan dijalankan ke atas pembunuhan beramai-ramai di kem hutan berkenaan serta dakwaan tentang kematian orang awam seterusnya.

“Serangan sebuah kumpulan militan Papua ke atas sebuah tapak kerja menimbulka­n kebimbanga­n serius yang memerlukan siasatan lengkap,” Elaine Pearson dari HRW menyebut dalam satu kenyataan.

“Puak militan dan pasukan keselamata­n tidak harus melakukan kemudarata­n ke atas rakyat biasa di Papua,” ujarnya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia