Utusan Borneo (Sabah)

Korea Utara, Selatan sahkan pemusnahan pos pengawal di DMZ

-

SEOUL: Askar dari Korea Utara dan Selatan mengesahka­n pemusnahan pos pengawal dalam zon bebas tentera pada Rabu, kata Seoul, selepas mereka memasuki wilayah satu sama lain dengan aman buat pertama kali.

Pemusnahan 20 pos di sepanjang sempadan yang dikawal ketat merupakan salah satu langkah yang dipersetuj­ui di satu sidang kemuncak pada September lalu antara Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Pyongyang, sebahagian daripada usaha damai yang bergerak dengan pantas di semenanjun­g Korea.

Pada November lalu, Korea Utara meletupkan 10 kemudahan tersebut manakala Korea Selatan merobohkan 10 di wilayahnya dengan menggunaka­n jentera pengorek.

Kementeria­n pertahanan di Seoul berkata awal Rabu pemeriksa Korea Selatan melawat setiap pos pengawal di bahagian Utara untuk mengesahka­n pemusnahan itu dan memastikan semua senjata api dan anggota tentera sudah dikeluarka­n.

Pemeriksa Korea Utara akan menjalanka­n proses yang sama di bunker Korea Selatan, ujarnya.

“Inimenanda­kankaliper­tama sejak perpecahan bahawa askar Utara dan Selatan melintasi garisan sempadan tentera dengan aman,” kementeria­n berkenaan menyebut dalam satu kenyataan.

Moon yang cintakan kedamaian telah menjalanka­n dasar dialog dengan jirannya yang memiliki senjata nuklear dan terpinggir, yang semakin bercanggah dengan pendekatan Washington, yang menegaskan tekanan harus dikekalkan ke atas Pyongyang sehingga ia menamatkan penggunaan senjata nuklear.

Walaupun ia dipanggil Zon Bebas Tentera (DMZ), kawasan sekitarnya merupakan salah satu tempat yang dikawal paling ketat di bumi, penuh dengan bom periuk api dan pagar kawat duri.

Namun di bawah rancangan untuk meredakan ketegangan seperti yang dipersetuj­ui di Pyongyang, kedua-dua negara Korea telah menarik balik tentera dari perkampung­an gencatan senjata Panmunjom di sempadan, dan meninggalk­an 35 kakitangan tanpa senjata dari setiap negara untuk menjaga sempadan.

Secara rasmi dipanggil Kawasan Keselamata­n Bersama (JSA), kawasan itu merupakan satu-satunya tempat di sepanjang sempadan sejauh 250 kilometer di mana askar dari kedua-dua negara Korea dan Pemerintah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pimpinan Amerika Syarikat bersemuka dengan satu sama lain. — AFP

 ??  ?? TINGGAL PUING: Seorang askar Korea Selatan berkawal di pos pengawal mereka yang dimusnahka­n dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) di bahagian tengah sempadan antara Korea di Cheorwon pada Rabu.
TINGGAL PUING: Seorang askar Korea Selatan berkawal di pos pengawal mereka yang dimusnahka­n dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) di bahagian tengah sempadan antara Korea di Cheorwon pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia