Utusan Borneo (Sabah)

Kumpulan 5 muncul juara

Soje kekal juara individu Kejohanan Boling Kelab Staf PPD Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Pasukan Kumpulan 5 yang diwakili Suhaili Sabri, Mohd Syairil Mohd Salleh dan Nur Shamimi muncul juara bagi acara berpasukan pada Kejohanan Boling Tertutup 2018 Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, di Champ’s Bowl Sandakan, pada Sabtu.

Kejohanan itu yang merupakan acara tahunan, dianjurkan oleh Biro Sukan dan Rekreasi Kelab Staf PPD Beluran dengan kerjasama Unit Pembanguna­n dan Bekalan (UPB) serta semua unit di PPD Beluran.

Kumpulan 5 yang diketuai Suhaili, berjaya mengumpul 1,121 jatuhan pin, meletakkan Kumpulan 6 yang diwakili oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Haji Soje Haji Abd Hassan, Ahmad Aman dan Abdullahsh­ip Abd Wahid sebagai naib johan dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1,118.

Tempat ketiga dimenangi Kumpulan 2 yang berjaya mengumpul 1,106 jatuhan pin melalui pemainnya yang terdiri daripada Mohd Roslan Sh Ameeril, Isham Abd Ghaffar @ Acong, Norradin Arshid.

Sebanyak enam pasukan (kumpulan) mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut yang turut diadakan sempena Majlis Makan Malam Tahunan Kelab Staf PPD Beluran.

Sementara itu, kejohanan yang berlangsun­g dalam tiga game itu, menyaksika­n Haji Soje berjaya mengekalka­n kemenangan sebagai juara individu selepas berjaya mengumpul 428 jatuhan pin.

Naib juara individu ialah Mohd Syairil dari Unit Kewangan yang mengumpul 403 jatuhan pin, manakala tempat ketiga dan ke-4 masing-masing dimenangi Mohd Roslan (386) dan Isham (376), diikuti Mohd Jusrin Anuar (369), Nur Shamimi (364) dan Ahmad Aman (361 jatuhan pin).

Mohd Syairil turut memenangi anugerah highgame dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 186 pada game ketiga, meletakkan Haji Soje di tempat kedua dengan 174

SUHAILI (kanan) menyampaik­an hadiah juara inidvidu kepada Haji Soje.

jatuhan pin yang dicatatkan pada game pertama, manakala Nur Radin Sarman di ketiga dengan 161 jatuhan pin pada game yang kedua.

Pengerusi penganjur yang juga Pengerusi Kelab Staf PPD Beluran Suhaili Sabri berkata kejohanan itu merupakan acara tahunan yang telah dirancang dalam kalendar aktiviti Kelab Staf.

Katanya, selain menentukan kejuaraan ia juga bertujuan menguji kemahiran dan keupayaan para peserta dalam sukan boling untuk diketengah­kan bagi mewakili organisasi (PPD Beluran) dalam sebarang pertanding­an boling termasukla­h kejohanan sukanPSKPP­SdanKejoha­nan Boling Kesatuan Guru-guru Kerajaan Sabah (KGKS) tertutup Bahagian Sandakan yang akan diadakan pada 26 Januari tahun depan (2019).

Selain itu, katanya, kejohanan itu bertujuan mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dan semangat muhibah yang sedia terjalin dalam kalangan para pegawai, penyelia dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau staf sokongan di PPD Beluran.

Katanya, aktiviti sukan seumpamany­a amat baik bukansahaj­adapatmemb­antu mengukuhka­n perpaduan dan semangat kekitaan, tetapi juga bersukan untuk kesihatan dan kecergasan.

“Dalam masa yang sama, penganjura­n aktiviti sukan seumpamany­a adalah selaras dengan konsep ‘Sukan Untuk

Abidin (kiri) menyampaik­an hadiah kepada wakil kumpulan 6, Ahmad Aman.

Semua’ selain membantu merealisas­ikan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berbudaya sukan,” katanya.

Beliau menjelaska­n, langkah kerajaan menerusi Kementeria­n Belia dan Sukan (KS) Persekutua­n yang mengisytih­arkan Sabtu minggu kedua pada Oktober setiap tahun sebagai Hari Sukan Negara (HSN) membuktika­n komitmen kerajaan dalam menggalakk­an masyarakat di semua peringkat dan lokasi, termasukla­h penjawat awam agar bergiat aktif dalam sukan demi kecergasan dan kesihatan serta wadah pemantapan perpaduan.

Para pemenang kejohanan itu menerima hadiah berupa hamper, barangan elektrik dan sebagainya yang disampaika­n oleh Haji Soje (PPD Beluran) dan Ketua Unit UPB PPD Beluran, Zainal Abidin Mahmud pada Majlis Makan Malam Staf PPD Beluran yang berlangsun­g di Sabah Hotel, Sandakan.

 ??  ??
 ??  ?? ZAINAL
ZAINAL
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli Kelab Staf Pejabat Pendidikan Daerah Beluran yang menyertai Kejohanan Boling Tertutup 2018 bergambar kenangan sebelum kejohanan bermula.
SEBAHAGIAN ahli Kelab Staf Pejabat Pendidikan Daerah Beluran yang menyertai Kejohanan Boling Tertutup 2018 bergambar kenangan sebelum kejohanan bermula.
 ??  ?? SOJE (kiri) menyampaik­an hadiah kepada wakil Kumpulan 2, Mohd Roslan Sh Ameeril.
SOJE (kiri) menyampaik­an hadiah kepada wakil Kumpulan 2, Mohd Roslan Sh Ameeril.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia