Utusan Borneo (Sabah)

Pelajar UMS adakan program Pengurusan Organisasi Sukan

-

KOTA KINABALU: Pelajar Sains Sukan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan program Pengurusan Organisasi Sukan dan Sumber Manusia yang dirasmikan oleh Setiausaha Sulit Ketua Menteri Sabah Francis Au Chee Thong.

Francis turut menjadi salah seorang penceramah jemputan program itu yang yang disertai lebih 170 orang dari pelbagai fakulti.

Turut hadir sebagai penceramah jemputan adalah Pengasas Juaragym Sabah Benreza Hezery Uzair Yahya dan Pensyarah Sains Sukan UMS Kolonel (Pa) Dr Mohamad Nizam Nazarudin.

Dalamceram­ahnya,Benrezamem­intapara pelajar membantu usaha itu berbekalka­n pengetahua­n mereka dalam sains sukan bagi mutu sukan dan kesihatan dengan cara yang lebih baik.

Sementara Mohamad Nizam mengingatk­an peserta supaya tidak menunggu peluang datang tetapi merekalah yang harus mewujudkan peluang itu.

“Ia kerana, dalam era masa kini, graduan universiti semakin sukar untuk mendapatka­n pekerjaan. Maka para graduan harus bijak mencipta peluang sendiri agar dapat memajukan diri sendiri,” katanya.

Francis pula berkata untuk memastikan dapat menarik minat masyarakat di sekeliling, mereka harus bijak menganalis­is, iaitu analisis SWOT, agar mereka dapat memahami dan mengetahui keperluan serta mengatasin­ya.

Program berkenaan banyak memberi imput yang baik kepada perserta terutamany­a dalam pengurusan diri dan organisasi.

 ??  ??
 ??  ?? ALBUM kenangan bersama selepas majlis itu.
ALBUM kenangan bersama selepas majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia