Utusan Borneo (Sabah)

Dortmund mara ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selaku juara Kumpulan A

-

MONACO, Perancis: Borussia Dortmund melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara selaku juara Kumpulan A selepas menewaskan Monaco 2-0 Selasa lepas.

Raphael Guerreiro menjaringk­an dua gol untuk mengutip tiga mata penuh ketika Atletico Madrid hanya mampu seri tanpa jaringan di Club Brugge pada perlawanan lain.

Jurulatih Dortmund, Lucien Favre, membuat sembilan pertukaran dari skuad yang menewaskan Schalke dalam Bundesliga Jerman Sabtu lepas.

“Ia malam yang sempurna. Secara keseluruha­nnya, ia kemenangan selayaknya,” kata Favre.

Jurulatih Monaco, Thierry Henry, menurunkan empat pemain remaja pada perlawanan yang hanya menjadi pelengkap jadual selepas dijamin menamatkan saingan di tangga tercorot selepas tewas di Atletico sebelum ini.

Beliau ada menyatakan beliau menggunaka­n perlawanan itu sebagai persediaan untuk perlawanan Ligue 1 Perancis menentang Lyon Ahad ini.

“Dortmund memberikan cabaran sebenar. Kami akan bangkit segera dan membuat persediaan untuk menentang Lyon,” kata beliau.

“Sekarang kami mempunyai masalah, untuk menyelesai­kan sesuatu dalam Ligue 1.”

Monaco gagal menang dalam 14 perlawanan di Eropah dan Dortmund melangkah ke pusingan kedua selepas hanya beraksi dalam Liga Europa musim lepas.

Dortmund membuka jaringan pada minit ke-15 apabila umpanan Maximilian Philipp disempurna­kan oleh Guerreiro, yang melengkapk­an jaringan pada minit ke-88 dari umpanan Paco Alcacer. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia