Utusan Borneo (Sabah)

Sokongan padu Harimau Malaya

Jom Lepak Bola Final AFF Suzuki 2018 dapat sambutan

- HAZAN (tiga dari kanan) bersorak bersama penyokong-penyokong yang lain.

LABUAN: Program Jom Lepak Bola Final AFF Piala Suzuki 2018 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Labuan mendapat sambutan hangat daripada penyokong Harimau Malaya di sini.

Tidak kurang 300 orang penyokong Harimau Malaya memenuhi sebuah restoran terkenal di mana program itu dijalankan seawal jam 8.00 malam.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Mohd Hazan Dahari, program itu bertujuan menzahirka­n solidariti dan sokongan terhadap pasukan negara di seluruh negara termasuk di Labuan.

“Program ini juga menggalakk­an rakyat bersatu padu menerusi sukan di samping memupuk sikap menghargai, bersyukur dan menyayangi negara kita.

“Kita juga selitkan mesej kepentinga­n gaya hidup sihat dan cergas menerusi sukan terutamany­a sukan bola sepak,” katanya.

Selain menonton perlawanan akhir antara Malaysia dan Vietnam para penyokong yang hadir juga berpeluang membawa pulang hadiah sebiji bola sepak jika berjaya menjawab soalansoal­an kuiz daripada pihak penganjur.

Sementara itu, tiga orang penyokong yang sempat ditemui menyatakan keyakinan Pasukan Harimau Malaya boleh bangkit semula

MOHD Hafiz (kanan) dan Mohd Fakrul (kiri).

pada perlawanan final kedua di Hanoi nanti.

Menurut Abdul Isa Abd Rasah, 43, pasukan negara sudah bermati-matian tetapi nasib kurang menyebelah­i.

“Walaupun ketinggala­n 2-0 pemain kita menunjukka­n semangat melawan yang tinggi dan berjaya memperoleh dua gol penyamaan.

“Saya harap para pemain Malaysia tidak putus asa dan terus mencuba sebaik mungkin demi negara kita,”katanya.

Bagi Mohd Hafiz Ibrahim, 20, beliau berkeyakin­an Harimau Malaya mampu lakar kejutan di Hanoi.

“Tidak ada yang mustahil, kita sudah buktikan semasa bertemu Thailand tempoh hari, saya percaya pemain kita akan mengatasi segala kekurangan semasa bermain di Bukit Jalil,” kongsinya.

BagiMohdFa­krulNaim,18,berharap para penyokong Malaysia tidak berhenti menyokong dan mendoakan kejayaan pasukan negara.

“Kita sebagai rakyat Malaysia perlu terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi, kita perlu jadi pemain ke - 12 kepada Harimau Malaya.

“Saya doakan pasukan kita boleh menumbangk­an Vietnam di laman lawan nanti,” jelasnya penuh semangat.

Hadir sama Pengarah Penerangan Labuan, Supian Musa dan Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan, Jainudin Djimin -

 ??  ??
 ??  ?? HAZAN (dua dari kanan) bersama Supian (paling kiri) menyampaik­an hadiah pemenang kuiz AFF Suzuki 2018.
HAZAN (dua dari kanan) bersama Supian (paling kiri) menyampaik­an hadiah pemenang kuiz AFF Suzuki 2018.
 ??  ??
 ??  ?? ABDUL ISA
ABDUL ISA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia